Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Frasa Ringkas Ini Paling Banyak Diterjemah Dalam Google Translate

Frasa Ringkas Ini Paling Banyak Diterjemah Dalam Google Translate

Diterbitkan Mei 4, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan pertama kali pada 28 April 2006 dahulu, Google Translate kini meraikan ulang tahun ke-20 nya pada tahun ini dengan pencapaian luar biasa.

Bermula dengan teknologi pembelajaran mesin asas, ia kini menyokong hampir 250 bahasa dan digunakan lebih 1 bilion orang setiap bulan.

Malah Google berkata, lebih 1 trilion perkataan diterjemah setiap bulan, sekali gus  menjadikannya salah satu alat komunikasi global paling berpengaruh.

“Terdapat teks yang mencukupi yang diterjemahkan merentasi Terjemah, Carian, Lensa dan Bulatkan ke Carian setiap bulan untuk memastikan seseorang terus membaca dengan kuat 24/7 untuk 12,000 tahun akan datang.”

Frasa Ringkas Ini Paling Banyak Diterjemah Dalam Google Translate
Google Translate kini menyokong 95% bahasa penduduk dunia.

Selain itu, kira-kira satu pertiga pengguna menggunakan Translate untuk belajar bahasa, dengan sokongan mod luar talian bagi bahasa popular seperti Inggeris, Sepanyol dan Cina.

Namun apa yang menariknya adalah, frasa paling banyak diterjemah tetap yang ringkas dan penuh makna iaitu “Thank you” (Terima kasih).

Sementara terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Sepanyol kekal sebagai pasangan bahasa yang paling popular dalam Translate, termasuklah Bahasa Inggeris ke Bahasa Indonesia, Portugis, Arab dan Turki.

Antara ciri baharu diperkenal dalam Google Translate  ialah fungsi Live Translate yang membolehkan perbualan masa nyata melalui fon kepala, manakala Google Lens dan Circle to Search memudahkan terjemahan teks pada papan tanda atau menu.

Apa yang dapat disimpulkan adalah, selepas dua dekad inovasi, misi Translate kekal sama iaitu menghubungkan manusia dengan memecahkan halangan bahasa melalui pembelajaran, terjemahan visual dan perbualan masa nyata.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kenali Tokoh Islam - Al-Khwarizmi, Pencetus Istilah Algebra Dan Algoritma
  • 1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat "Buah"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY