Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Holds Product Launch Event At New Campus In Cupertino

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”

Diterbitkan April 5, 2026 oleh ariff bukhari

Apple Inc. ialah antara syarikat paling bernilai di dunia, terkenal kerana merevolusikan teknologi melalui barisan produk ikonik mereka.

Malah, produk mereka yang mudah digunakan dan reka bentuk menarik menjadikannya simbol kreativiti serta mendapat kesetiaan tinggi daripada pengguna.

Kini genap usianya 50 tahun, Apple muncul sebagai salah satu syarikat teknologi paling berpengaruh dalam sejarah—bukan sahaja membentuk produk, tetapi juga budaya, reka bentuk, dan cara berbilion manusia berinteraksi dengan teknologi setiap hari.

1 April 1976

Diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April 1976, Apple Computer hadir dengan idea radikal bahawa komputer berkuasa harus bersifat peribadi.

Tapi hubungan mereka terjalin sejak 1971 lagi ketika mereka masih di sekolah menengah apabila, Bill Fernandez memperkenalkan Steve Wozniak kepada Steve Jobs.

Kedua-duanya segera serasi kerana minat yang sama dalam bidang elektronik.

Pertemuan ini menjadi titik awal kepada kerjasama mereka yang akhirnya melahirkan Apple.

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Steve Jobs dan Steve-Wozniak, 1971.

Pada 5 Mac 1975, Steve Wozniak telah hadir ke perjumpaan pertama Kelab Komputer Homebrew.

Di sinilah beliau menunjukkan papan litar komputer peribadi rekaannnya yang dikenali sebagai Apple I.

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Foto menunjukkan tempat perjumpaan itu, auditorium SLAC (Standford Linear Accelerator Center).

Projek mereka bentuk papan litar dan sistem oleh Wozniak yang dilakukan secara hobi, tapi Jobs pula melihat potensi komersialnya telah menjadi asas kepada penubuhan Apple.

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
1975 ialah tahun kelahiran konsep Apple I, yang membuka jalan kepada kelahiran syarikat Apple setahun kemudian.

Pada 8 Disember 1975, Paul Terrell telah membuka kedai komputer pertamanya dan beliau bersetuju menempah sejumlah 50 unit Apple I daripada Steve Jobs dan Steve Wozniak.

Dengan syarat komputer itu dijual sebagai sistem lengkap, bukan hanya papan litar.

Komputer awal ini tidak mempunyai kerangka lengkap, jadi Jobs bekerjasama dengan Charles Pfister Sr. dan anaknya untuk menyediakan sarung kayu walnut kepada pelanggan.

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Paul Terrell membuka kedai komputer pertama, Byte Shop pada 8 Disember 1975.

Tempahan oleh Paul Terrell itu secara tidak langsung sebenarnya turut mendorong dan memotivasikan Jobs untuk menubuhkan Apple.

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Apple Computer akhirnya ditubuhkan pada 1 April 1976 secara bersama oleh Steve Jobs, Steve Wozniak, dan Ronald Wayne. Walau bagaimanapun, Wayne keluar dari Apple hanya selepas 11 hari bersama.
1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Apple I.

Apple Computer, Inc.

Pada lewat 1976, Mike Markkula, bekas eksekutif Intel telah berjumpa dengan Steve Jobs.

Beliau kagum dengan prototaip ciptaan Wozniak pada masa itu, Apple II yang masih dalam peringkat pembangunan yang hanya menggunakan televisyen rumah untuk memaparkan grafik berwarna dan menjalankan BASIC.

muzium apple
Apple II.

Pada mulanya, Markkula menganggap penglibatan beliau sekadar projek kecil.  Namun, beliau akhirnya membantu menulis rancangan perniagaan pertama Apple, sekali gus menjadikannya tokoh penting dalam kejayaan awal Apple.

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Mike Markkula bukan sekadar menjadi pelabur terawal Apple, tapi juga mentor penting yang membawa disiplin perniagaan yang amat diperlukan kepada Apple dengan menekankan visi jangka panjang, pengurusan kewangan yang teratur, serta kepentingan membina jenama yang kukuh.

Dengan gabungan pemasaran Jobs, kepakaran teknikal Wozniak serta kebijaksanaan mengurus perniagaan Markkula menjadikan Apple lebih daripada sekadar projek garaj.

Kini, selepas 50 tahun, Apple dianggarkan bernilai  AS$3.761 trillion (RM15.15 trilion).

1 April 1976, Lahirnya Sebuah Syarikat “Buah”
Apple Park, juga dikenali sebagai Apple Campus 2, menjadi ibu pejabat korporat Apple Inc., yang terletak di Cupertino, California, Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple 50 Tahun: 5 Perkara Menarik Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Pembuat iPhone Ini
  • Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
  • Apple 50 Tahun: Apple Masih Perlahan Dalam AI Generatif Berbanding Pesaing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY