Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kenali Tokoh Islam – Al-Khwarizmi, Pencetus Istilah Algebra Dan Algoritma

Posted on Mac 3, 2026Mac 3, 2026

Islam pernah dibarisi dengan tokoh-tokoh ilmuan hebat yang telah memberikan banyak
menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan di seluruh dunia sehinggalah sekarang.

Salah seorangnya adalah Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi, pencetus revolusi ilmu yang mengubah cara manusia berfikir tentang angka dan persamaan.

Dilahirkan pada tahun 164 H (780 M) di daerah Khawarizmi iaitu wilayah yang kini terletak di Uzbekistan, Al-Khwarizmi kemudian berhijrah ke Baghdad yang menjadi pusat ilmu dunia Islam ketika itu.

Al-Khwārizmī, daripada setem pos U.S.S.R., 1983.

Kitab al- Jabr

Di bawah naungan khalifah al-Ma’mun, beliau bekerja di Bayt al-Hikmah, sebuah institusi yang menjadi mercu tanda penterjemahan dan pengembangan ilmu.

Dalam banyak-banyak kitab yang dihasilkan, karya tulisan al-Khwarizmi bertajuk “al-Mukhtasar fi Hisab al- Jabr wal Muqabalah” atau “Buku Ringkas tentang Pengiraan melalui Penyiapan dan Pengimbangan” adalah merupakan karya teragungnya.

Kitab yang ditulis pada abad ke-9 M ini memperkenalkan kaedah sistematik menyelesaikan persamaan.

Kemudian pada abad ke-12, kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa latin di mana daripada judul kitab inilah lahirnya istilah “algebra”.

Algebra menghimpunkan peraturan serta penerangan untuk menyelesaikan persamaan linear dan kuadratik menggunakan hujah geometri intuitif, bukan notasi abstrak.

Pendekatannya yang sistematik dan berasaskan pembuktian membezakannya daripada karya terdahulu.

Contoh algebra: x+3=7

Selain itu, ia turut membincangkan pengiraan luas dan isipadu bentuk geometri serta penggunaan algebra dalam menyelesaikan masalah faraid mengikut hukum Islam.

Selain perkataan algebra, nama beliau yang turut dilatinkan sebagai Algoritmi telah melahirkan kepada istilah “algorithm”.

Terjemahan karya beliau ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 membuka pintu kepada perkembangan matematik di Eropah.

Tugu Al-Khwarizmi di Madrid.

Legasi

Apa yang dapat disimpulkan adalah Al-Khwarizmi menjadi jambatan antara tamadun di mana fakta sejarah menunjukkan bahwa pada abad pertengahan, ilmu matematik di dunia Barat lebih banyak dipengaruhi oleh karya al-Khawarizmi berbanding karya penulis lain.

Malah ahli sejarah barat mengiktiraf al-Khwarizmi sebagai salah seorang  ilmuwan Muslim terbesar dan terbaik pada masanya.

Karya-karya beliau telah menjadi asas kepada penciptaan dan perkembangan teknologi yang kita nikmati pada hari ini

Jadi, ingatlah bahawa setiap kali kita menggunakan algoritma komputer atau menyelesaikan persamaan algebra, kita sebenarnya sedang mengulang jejak pemikiran seorang genius dari Baghdad.

Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi telah wafat di Bagdad pada tahun 235 H (850 M).

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress