Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500

4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500

Diterbitkan Oktober 23, 2025 · Dikemas kini Oktober 24, 2025 oleh ariff bukhari

Bagi peminat muzik yang kerap berada di luar, fon kepala dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) pasti akan menjadi pilihan utama.

Sama ada anda menaiki tren LRT, mengembara menaiki bas atau ETS, fon kepala dengan teknologi ANC dapat membantu anda  menikmati muzik kegemaran tanpa gangguan bunyi luar yang berpunca daripada persekitaran yang bising dan tiupan angin.

Terdapat banyak model fon kepala dengan ANC  yang boleh dimiliki pada harga mampu milik yang turut menawarkan prestasi bunyi berkualiti, selesa serta bateri tahan lama.

Jadi, di sini dicadangkan empat pilihan fon kepala bajet bawah RM500 untuk mendapatkan pengalaman ANC dan audio premium.

1. Edifier ES850NB – Bateri 92 jam

Edifier memang terkenal dengan barisan produk audio harga mesra bajet, dan model ES850NB menjadi antara pilihan paling popular bagi mereka yang mahukan fon kepala  harga bajet tapi menyampaikan audio premium dan ANC padu.

ANC pada Edifier ES850NB mampu mengurangkan bunyi sekitar -45dB, cukup berkesan untuk kegunaan dalam tren atau hiruk-pikuk kawasan terbuka.

Fon kepala ini juga menyokong Hi-Res Audio dan codec LDAC dengan baterina yang mampu bertahan sehingga 92jam.

4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500

Dengan reka bentuk ringan dan pad telinga empuk, Edifier ES850NB memberikan keselesaan untuk penggunaan yang panjang.

Edifier ES850NB kini boleh dimiliki pada harga serendah RM362 sahaja dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln16sv
  • Lazada – https://invl.me/cln16t3

2. Soundcore Anker Space Q45  – Jenama yang semakin naik

Jenama Soundcore dari Anker mungkin dipandang enteng bagi sesetengah pengguna yang beranggapan ia jenama yang tidak dikenali.

Walhal, Soundcore kini semakin dikenali kerana ia menawarkan harga dan prestasi serta mendapat ulasan yang positif dari pengguna.

Soundcore menawarkan barisan model fon kepala berkualiti pada harga mampu milik.

Antara yang menarik perhatian adalah model Anker Space Q45 yang menyokong Hi-Res Audio, LDAC serta pembatalan hingar adaptif.

4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500
Anker Space Q45 dilengkapi bateri 750mAh yang memberikan operasi sehingga 50 jam.

Soundcore Anker Space Q45 boleh didapati pada harga serendah RM410 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln16re
  • Lazada – https://invl.me/cln16rm

3. CMF Headphone Pro – fon kepala bergaya

CMF Headphone Pro dari Nothing ini baru sahaja dilancarkan. Ia merupakan fon kepala kedua dari Nothing tapi pada harga bajet berbanding Hedphone (1) yang lebih mahal harganya.

Antara ciri utama CMF Headphone Pro adalah pembatalan hingar aktif, pemacu audio berkualiti tinggi, dan menawarkan keselesaan melalui kusyen telinga yang besar dan lembut yang boleh tanggal.

cmf hedphone 1
cmf Hedphone Pro menyokong audio resoles tinggi LDAC.

Harga rasmi CMF Headphone Pro di Malaysia ditawar pada harga RM429. Tapi, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM368 sahaja.

Beli CMF Headphone Pro dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln16q5
  • Lazada – https://invl.me/cln16q8

4. Baseus Inspire XH1 – Sound by BOSE

Bagi mereka yang mahukan fon kepala Bose tapi pada harga bajet, Baseus Inspire XH1 adalah pilihan terbaik kerana fon kepala ini ditala oleh Bose yang menjanjikan kualiti audio premium seakan Bose.

Kusyen lembut dan tebal serta reka bentuk ergonomik memastikan keselesaan sepanjang hari memakainya.

Fon kepala ini adalah yang terbaik daripada Baseus yang turut menyokong Dolby Audio, Hi-Res Audio, dan LDAC.

BASEUS X Sound by BOSE

Baseus Inspire XH1 kini boleh didapati pada harga serendah RM442 sahaja (ketika promosi).

Beli Baseus Inspire XH1 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln16pq
  • Lazada – https://invl.me/cln16pv

Tips memilih

Daripada barisan fon kepala yang disenaraikan di atas, anda disyorkan memberi perhatian kepada beberapa faktor utama sebelum memilih iaitu ketahanan bateri, sokongan aplikasi, ciri ANC penuh atau hibrid dan sokongan kabel audio.

Bagi mereka yang mahukan ANC penuh, anda patut elakkan ciri ANC hibrid kerana ANC hibrid kurang padu pembatalan hingarnya.

Juga anda mungkin mahukan fon kepala wayarles yang masih boleh disambungkan dengan kabel.

Selain keselesaan kusyen, berat fon kepala juga mungkin penting kepada anda.

Berkaitan

  • JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 - 8 Tahun
  • Bowers & Wilkins Lancar Fon Kepala Premium Berharga RM3,299
  • SteelSeries Perkenal Fon Kepala 'Gaming' Pertama Di Dunia Dengan Audio Hi-Res
  • Sennheiser Lancar Fon Kepala Wayarles Baharu Berharga ~RM2,200
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY