Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Festival Light and Motion Putrajaya 2024

Festival Light and Motion Putrajaya Kembali, Tiket Berharga Dari RM2.00

Diterbitkan Disember 28, 2024 · Dikemas kini Disember 28, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019 dahulu, Festival Light and Motion Putrajaya kembali untuk edisi 2024 (LAMPU 2024) yang sudah pun bermula dari 27 Disember dan akan berakhir pada 31 Disember 2024.

LAMPU 2024 merupakan penganjuran kali ke-8 yang mempamerkan keindahan seni cahaya, budaya dan teknologi di Putrajaya.

Festival Light and Motion Putrajaya Kembali, Tiket Berharga Dari RM2.00

Festival ini menjadi tarikan utama bagi pengunjung tempatan dan pelancong yang menampilkan pelbagai persembahan visual yang unik dan memukau.

Antara tarikan utama sepanjang festival ini adalah persembahan pemetaan cahaya (projection mapping) ini melibatkan teknik penayangan animasi, video dan imej pada permukaan fasad bangunan Istana Kehakiman (POJ) secara tiga dimensi.

Acara-acara lain yang turut dianjurkan adalah pertunjukkan kereta berhias, festival permainan, struktur LED serta pelabagai gerai dibuka untuk dikunjungi pengunjung.

Festival Light and Motion Putrajaya 2024
Festival Light and Motion Putrajaya 2024
Festival Light and Motion Putrajaya 2024

 

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, acara akan bermula dari jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Harga tiket untuk masuk ke LAMPU 2024 adalah berharga RM2.00 (untuk kanak-kanak) dan RM5.00 (untuk dewasa).

tiket Festival Light and Motion Putrajaya 2024
Jualan tiket tamat pada 31 Disember 2024, 11:30 malam.

Tiket boleh dibeli secara atas tali melalui laman rasmi https://lampu.putrajaya.my/tickets/festival-light-and-motion-putrajaya-2024

Anda juga disyorkan merancang perjalanan dengan menaiki kemudahan pengangkutan awam yang disediakan secara percuma untuk ke festival tersebut.

Festival Light and Motion Putrajaya 2024
Festival Light and Motion Putrajaya 2024

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2
  • Cara Salin Teks Dari Telefon Pintar Ke Komputer Menggunakan Google Lens

Sumber: LAMPU 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
©2026 WISER.MY