Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fenomena Unik Bolehkan ‘Pak Arab’ Main ‘Jet Ski’ Di Tengah Padang Pasir

Fenomena Unik Bolehkan ‘Pak Arab’ Main ‘Jet Ski’ Di Tengah Padang Pasir

Diterbitkan Mac 21, 2025 · Dikemas kini Mac 21, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang berbangsa Arab bernama Hamza al-Hamm telah menarik perhatian ramai apabila dia bermain ‘jet ski‘ di sebuah tasik sementara yang terbentuk di tengah padang pasir Arab Saudi berhampiran bandar Zulfi.

Tasik sementara itu yang dikelilingi padang pasir  terbentuk hasil daripada hujan musim sejuk di mana ia merupakan satu fenomena unik yang hanya berlangsung selama kira-kira tiga bulan setahun.

Kewujudan tasik ini bukan sahaja menarik minat penduduk tempatan, tetapi juga pelancong dari negara jiran yang lain seperti Kuwait, Qatar dan UAE.

Walaupun jauh dari pantai, penduduk yang tinggal berhampiran dengan gurun itu kini dapat menikmati sukan air yang biasanya dikaitkan dengan pusat peranginan tepi laut.

Kawasan Zulfi terletak dalam lembangan yang menadah hujan, menjadikannya tempat sempurna untuk kewujudan tasik sementara ini.

Aktiviti seperti ini memberikan peluang kepada penduduk setempat menikmati udara segar dan berehat sambil beriadah di luar rumah.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Jangkaan NASA Meleset, Paras Air Laut Meningkat Lebih Cepat Pada 2024
  • Earth Hour: 1 Jam Dalam Gelap Boleh Ubah Dunia, Ketahui Sebabnya

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY