Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Fenomena Gerhana Bulan Penuh “Blood Moon” Akan Berlaku Hari Ini

Posted on Mac 14, 2025Mac 14, 2025

Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku hari ini bermula dengan fasa gerhana penumbra sekitar pukul 11:57 pagi (waktu tempatan).

Fasa gerhana separa pula akan bermula pada pukul 01:09 petang (waktu tempatan) dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan bermula pada pukul 02:26 petang (waktu tempatan).

Kemuncak Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada pukul 02:58 petang (waktu tempatan).

Fasa gerhana separa akan berakhir pada jam 04:48 petang (waktu tempatan) manakala fasa gerhana penumbra akan berakhir pada 06:00 petang (waktu tempatan).

Fenomena “Blood Moon” ini berlaku ketika bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 405,754km.

Keseluruhan gerhana kali ini mengambil masa selama 6 jam 3 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan berlaku dalam tempoh selama 65 minit.

Bagaimanapun, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, fenomena ini TIDAK DAPAT DISAKSIKAN DI MALAYSIA kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena tersebut berlaku.

Di Malaysia, Fenomena Gerhana Bulan Penuh hanya akan dapat disaksikan pada 8 September 2025 nanti.

Sebaliknya, fenomena ini akan dapat disaksikan oleh di sebahagian besar penduduk di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah Barat, Afrika Barat, Rusia Timur dan Lautan Pasifik.

Peta yang menunjukkan di mana gerhana bulan 13-14 Mac 2025 akan kelihatan. Kontur menandakan pinggir kawasan penglihatan pada masa sentuhan gerhana, dilabelkan dalam UTC.

NASA menjelaskan, Gerhana bulan berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan sejajar supaya Bulan masuk ke dalam bayang-bayang Bumi.

Dalam gerhana bulan penuh, seluruh Bulan jatuh dalam bahagian paling gelap bayang-bayang Bumi, yang dipanggil umbra.

Apabila Bulan berada di dalam umbra, ia kelihatan merah-oren. Gerhana bulan kadangkala dipanggil “Bulan Darah” kerana fenomena ini.

Semasa gerhana bulan penuh, Bulan kelihatan merah oleh cahaya matahari yang ditapis melalui atmosfera Bumi.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress