Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fenomena “Buat RAM Sendiri” Mungkin Jadi Trend Baharu

Fenomena “Buat RAM Sendiri” Mungkin Jadi Trend Baharu

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh ariff bukhari

Di tengah-tengah krisis global memori RAM sehingga menyebabkan harga perkakasan ini melonjak, fenomena “buat sendiri RAM” mungkin menjadi trend baharu jika ini krisis berlarutan.

Malah komuniti PC di Rusia telah dilaporkan tampil dengan idea radikal iaitu membina RAM mereka sendiri.

Ia selepas seorang YouTuber bernama Vik-on, yang terkenal dengan kerja naik taraf VRAM GPU, dilapor menunjukkan bahawa papan RAM PCB kosong boleh dibeli dari China sekitar USD6.40 (~RM26) setiap satu di platform Telegram.

Cip memori pula boleh diperoleh daripada pasaran gelap atau diambil daripada kit lama dan modul laptop.

Kos keseluruhan untuk menghasilkan RAM 16GB dianggarkan sekitar 12,000 Rubel (RM720), hampir sama dengan harga pasaran runcit.

Jadi, dengan perkembangan terkini krisis memori yang sedang berlaku ini yang tidak diketahui bilakah ia akan berakhir, tidak mustahil keadaan mendesak boleh mendorong motivasi pengeluaran memori sendiri dari komuniti tegar.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Telefon Pintar Mungkin Kembali Ke Era Memori 4GB RAM
  • 2026 Bakal Jadi Tahun Yang Sukar Pada Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY