Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

2026 Bakal Jadi Tahun Yang Sukar Pada Pengguna

Posted on Disember 31, 2025Disember 31, 2025

Di sebalik kepesatan kemunculan AI dan pusat data, pengguna bakal terkesan dengan kenaikan harga memori dan storan.

Tahun 2026 dijangka menjadi tempoh mencabar buat pengguna peranti digital apabila harga RAM dan storan menunjukkan trend peningkatan yang ketara.

Malah kenaikan ini turut memberi kesan kepada pengeluar peranti pintar.

Faktor permintaan global kepada sektor industri dan perusahaan berskala besar yang semakin tinggi terhadap cip memori memberi kesan kepada bekalan untuk pasaran pengguna yang menjadi lebih terhad, sekali gus mendorong kepada isu kenaikan harga global.

Krisis RAM yang sudah mula dirasai pengguna pada 2025 dijangka akan bertambah buruk pada tahun 2026 akan datang.

Harga memori dijangka melonjak, memberi kesan kepada pengguna yang mahu menaik taraf komputer atau membeli kad grafik baharu.

Dari pegeluar GPU komputer, Nvidia kini menguasai pasaran cip AI, membuatkan peminat permainan PC bimbang kerana syarikat itu semakin kurang memberi tumpuan kepada keperluan mereka.

Bagi pengguna, kesannya jelas dirasai. Telefon pintar dengan kapasiti RAM dan storan lebih besar dijangka dijual pada harga lebih mahal, manakala komputer riba dan PC mungkin hadir dengan spesifikasi asas yang lebih rendah bagi mengekalkan harga mampu milik.

Pengguna juga mungkin terpaksa menangguhkan rancangan naik taraf atau memilih peranti terpakai.

Sungguhpun tahun 2026 dijangka menjadi salah satu era paling menarik dalam dunia teknologi di mana AI, robot humanoid dan inovasi perkakasan bergabung untuk membentuk landskap teknologi baharu, namun krisis kenaikan harga peranti membelenggu pengguna di mana pengeluar tidak mempunyai banyak pilihan selain memindahkan sebahagian kenaikan kos tersebut kepada pelanggan mereka.

Sehubungan itu, dalam menghadapi tahun 2026 yang mencabar ini, pengguna disarankan merancang pembelian dengan lebih bijak.

Memilih kapasiti yang benar-benar diperlukan, memanfaatkan storan awan, serta menjaga peranti sedia ada dengan baik antara langkah bijak yang dapat membantu daripada terkesan dengan isu kenaikan harga RAM dan storan pada masa hadapan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress