Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Fenomena “Blood Moon” Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia September Ini

Posted on September 2, 2025September 2, 2025

Fenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka akan berlaku pada 7 hingga 8 September 2025 nanti.

Ia akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan.

Bulan akan kelihatan berwarna merah/jingga ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh, menjadikan gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.

Fenomena ini disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Gerhana penuh ini akan boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), keseluruhan fasa gerhana ini akan dapat dilihat di Malaysia dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca) bermula jam 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.

Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan terjadi selama 1 jam 22 minit.

Berikut adalah Fasa Gerhana Bulan Penuh:

  • Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam
  • Fasa Separa bermula: 12.26 pagi
  • Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi
  • Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi
  • Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi
  • Fasa Separa tamat: 3.56 pagi
  • Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress