Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini dijangka akan berakhir pada pertengahan Mac 2025 nanti.
MET Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan, ia berpunca daripada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang sedang dialami negara ketika ini di mana ia adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada bulan Februari hingga Mei.
Dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.
Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
MET Malaysia turut mendedahkan, bacaan suhu tertinggi yang dicatat seluruh negara adalah pada 11 Februari 2025 iaitu setinggi 36.1°C, yang direkodkan di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah setakat tahun ini.
Selain itu, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh ini.
Namun begitu, keadaan ini diramal tidak seteruk tahun 2024 disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
{suggest}
Sumber: MET Malaysia