Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untuk Menerajui Industri, Honda Dan Nissan Jalin Kerjasama Untuk Bina EV Baharu

Nissan Dan Honda Sah Batalkan Penggabungan

Diterbitkan Februari 13, 2025 ยท Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas ura-ura pembatalan penggabungan, Nissan dan Honda hari ini mengesahkan perkara tersebut.

Menerusi kenyataan rasminya, Nissan menyatakan bahawa mereka dan Honda telah bersetuju untuk menamatkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 23 Disember tahun lalu mengenai pertimbangan penggabungan perniagaan.

Nissan berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh mengenai keadaan pasaran, objektif penggabungan, serta strategi dan struktur pengurusan pasca-penggabungan.

Kedua-dua syarikat Jepun itu memutuskan bahawa penggabungan bukan pilihan terbaik.

Nissan menjelaskan, Honda telah mencadangkan perubahan struktur daripada syarikat pegangan bersama kepada Honda sebagai syarikat induk dan Nissan sebagai anak syarikat melalui pertukaran saham.

Jadi, bagi memastikan proses dalam membuat keputusan dalam pasaran yang semakin tidak menentu dengan pantas dan menuju era elektrifikasi, kedua-dua syarikat memilih untuk menghentikan perbincangan dan menamatkan MOU.

Walau bagaimanapun, Nissan dan Honda memaklumkan, mereka akan terus bekerjasama dalam rangka kerjasama strategik untuk kenderaan pintar dan elektrik bagi mencipta serta memaksimumkan nilai korporat masing-masing.

Berkaitan

  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Nissan Perluas Penggunaan Keluli Rendah Karbon Untuk Pengeluaran Kenderaan Di Jepun

Sumber: Nissan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY