Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah

Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah

Diterbitkan Mei 7, 2026 · Dikemas kini Mei 7, 2026 oleh ariff bukhari

Buat pertama kalinya, Samsung Display di pameran SID Display Week 2026 mendedahkan teknologi skrin OLED baharu yang menawarkan kecerahan sehingga 3,000 nits dan liputan warna 96%

Dikenali sebagai Flex Chroma Pixel™, tahap kecerahan maksimumnya tersedia dalam dalam mod High Brightness.

Ini bermakna pengguna akan dapat menikmati visual yang lebih terang serta kaya dengan warna yang tepat berbanding paparan telefon pintar semasa yang hanya sekitar 70% liputan warna.

Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah
Demo perbandingan kualiti imej Flex Chroma Pixel™, gamut warna OLED Samsung Display yang dipamerkan di SID2026.
Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah
Malah dengan gabungan teknologi Phosphorescent Sensitized Fluorescence (PSF) dan LEAD™ polarizer-free OLED, Flex Chroma Pixel™ bukan sahaja meningkatkan kualiti warna, malah menjamin jangka hayat bahan lebih panjang.
Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah

Selain itu, Samsung Display juga memperkenalkan ‘Sensor OLED Display’ bersaiz telefon pintar 6.8 inci dengan resolusi 500 PPI, peningkatan sebanyak 33% berbanding versi tahun lalu.

Panel ini mengintegrasikan Organic Photodiodes (OPD) yang mampu mengukur biometrik seperti kadar denyutan jantung dan tekanan darah terus dari skrin yang mengesan aliran darah menggunakan cahaya yang dipancarkan dari paparan.

Lebih menarik, ia hadir dengan ciri Flex Magic Pixel™ yang melindungi privasi pengguna dengan menyembunyikan maklumat sensitif daripada pandangan sisi.

Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah
Paparan OLED Sensor resolusi tinggi 500 PPI Samsung Display dipamerkan di SID2026, mampu mengukur maklumat biometrik seperti aliran darah apabila disentuh. Disepadukan dengan Flex Magic Pixel™, ia memberikan privasi dengan menunjukkan maklumat kesihatan dengan jelas hanya dari hadapan.

Samsung Display menekankan bahawa mereka akan terus menerajui inovasi paparan melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk pelanggan dan industri.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Razer Lancar Mousepad Kaca Paling Nipis Dunia Berharga RM599
  • LG Perkenal Tandem OLED Generasi Ke-3, Mampu Bertahan Sehingga 15,000 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY