Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah

Fasiliti Rehabilitasi Tercanggih Dan Terbesar Di Asia Tenggara Dimasyhurkan Sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh ariff bukhari

Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Kebangsaan PERKESO kini dimasyhurkannya sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah.

Fasiliti rehabilitasi yang terketak di Ipoh ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menjadikannya yang terbesar di Asia Tenggara.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah 1
Kredit: Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Mula dibina pada 2 Mei 2022, fasiliti di atas tanah seluas 38.47 ekar ini siap sepenuhnya dalam tempoh hampir empat tahun merangkumi 13 blok utama termasuk kemudahan penginapan, Traditional and Complementary Medicine Centre (TCMC) serta Motorcycle Safety Training Track (MSTT) di bawah Centre for Applied Prevention in Social Security (CAPSS).

Pusat ini menggabungkan teknologi robotik terkini dari Jepun melalui kerjasama strategik dengan Cyberdyne Japan.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah

Fasiliti ini dilengkapi 65 unit peralatan Hybrid Assistive Limb (HAL), menjadikannya pusat dengan bilangan unit terbanyak di dunia.

Selain itu, ia menawarkan 151 jenis perkhidmatan rehabilitasi komprehensif termasuk pediatrik, geriatrik, vokasional dan program Return To Work (RTW).

Dengan kapasiti rawatan sehingga 700 pesakit pada satu masa, pusat ini mampu menampung sehingga 3,000 pesakit setahun.

Sejak mula beroperasi pada Julai 2025, seramai 1,095 pesakit telah menerima rawatan bagi kecederaan muskuloskeletal, saraf tunjang, penyakit khidmat dan strok.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah 1

Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menegaskan bahawa pusat ini akan menjadi hab rehabilitasi global, selaras dengan peluasan perlindungan PERKESO melalui program LINDUNG 24 Jam dan Akta Pekerja Gig 2025.

Pusat ini bukan sahaja simbol kemajuan teknologi perubatan, tetapi juga mercu tanda baharu yang memperkukuh peranan PERKESO dalam melindungi rakyat serta memastikan pencarum kembali produktif.

Berkaitan

  • Inilah Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan Perkeso Terbaru Di Ipoh
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Taliban Haramkan Semua Kakitangan Kerajaan Guna Telefon Pintar, Pemimpin Tertinggi Dikecualikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY