Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan Perkeso

Inilah Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan Perkeso Terbaru Di Ipoh

Diterbitkan Ogos 11, 2025 · Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memiliki pusat rehabilitasi berteknologi tinggi bertaraf dunia.

Antara perkhidmatan yang tersedia di Pusat Rehabilitasi PERKESO ini adalah Neuro-Robotics Rehabilitation & Cybernics Centre yang dilengkapi dengan Robot Suit HAL® (Hybrid Assistive Limb).

Ia merupakan teknologi neuro-robotik terkini dari Cyberdyne Inc. Jepun yang menggabungkan interaksi antara manusia, robot dan informasi.

Jika sebelum ini ia tersedia di Pusat Cybernics Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka, PERKESO meluaskan lagi perkhidmatan mereka dengan pembukaan Pusat Rehabilitasi PERKESO, Ipoh, Perak.

Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan Perkeso 1
Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan Perkeso 2

PERKESO memaklumkan, pusat rehabilitasi baharu itu sudah mula menerima seramai 32 pesakit sejak 22 Julai lepas sebagai sebahagian daripada pelaksanaan operasi secara percubaan.

Terletak di dalam  Bandar Meru Raya, Ipoh, pusat rehabilitasi yang bernilai RM654 juta berkeluasan 15.6 hektar ini dijadualkan akan beroperasi pada awal tahun 2026 akan datang.

kPERKESO memaklumkan, emajuan kerja fizikal di pusat pemulihan bertaraf dunia itu telah pun melebihi 95.40 peratus setakat 31 Julai 2025 yang mana ia kini telah melangkah ke fasa baharu melalui pelaksanaan operasi secara rintis.

Apabila ia beroperasi sepenuhnya nanti, Pusat Rehabilitasi PERKESO baharu ini bakal menjadi rujukan serantau dalam bidang pemulihan neurologi, ortopedik dan vokasional bersepadu menerusi sistem Hybrid Assistive Limb (HAL), yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Perkhidmatan rawatan Cyberdyne HAL ini ditawarkan kepada pelanggan PERKESO yang mengalami kecederaan saraf tunjang atau otak seperti lumpuh, penyakit neurodegeneratif dan sebagainya untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja, dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia
  • Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh

Sumber: PERKESO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY