Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inisiatif JENDELA Terima Pengiktirafan Antarabangsa – MCMC

Fahmi Fadzil Jawab Status Terkini Kemajuan Pelaksanaan Projek JENDELA

Diterbitkan November 27, 2023 · Dikemas kini November 27, 2023 oleh ariff bukhari

Pada tahun 2020 lalu, Kerajaan telah mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan komunikasi untuk membangunkan pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan rakyat.

Pelan yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Program JENDELA ini adalah dikawalselia oleh SKMM di bawah Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri dan Pejabat Pengurusan Program.

Pelan ini akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.

Mengenai kemajuan pelaksanaan projek JENDELA, Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan, setakat suku ketiga tahun ini, sebanyak 2,142 buah menara baharu telah siap dan beroperasi.

“39,935 stesen pemancar telah siap dinaik taraf daripada 40,214 yang dirancang, manakala 3,249,313 premis telah tersedia dengan rangkaian gentian optik. Kesemua projek ini dijangka siap sepenuhnya dan akan beroperasi secara berperingkat menjelang penghujung 2025.” Fahmi Fadzil.

Selain itu, penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit (BWA) telah siap sepenuhnya di 839 lokasi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta perkampungan orang asli di seluruh negara.

Pelaksanaan JENDELA ini akan dilakukan dalam 2 fasa, di mana Fasa 1 bermula 2020 – 2022 dan Fasa 2 bermula dari 2022 – 2025.

Fasa ke-2 JENDELA sudah pun bermula pada suku pertama 2023 yang memperlihatkan penggunaan 5G selepas platform 4G diperkukuhkan sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), sekali gus meningkatkan kesalinghubungan digital di seluruh negara.

Berkaitan

  • JENDELA Diumumkan, Inisiatif Untuk Tambah Baik Komunikasi Digital Negara
  • JENDELA Fasa 2 Sasar 100% Kawasan Berpenduduk Nikmati Internet Dan Capai Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Selaju 100Mbps - MCMC
  • Tag RFID Tidak Mempunyai Tarikh Luput - TNG

Sumber: FB Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY