Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tag RFID Tidak Mempunyai Tarikh Luput – TNG

Tag RFID Tidak Mempunyai Tarikh Luput – TNG

Diterbitkan November 27, 2023 · Dikemas kini November 27, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, timbul salah faham mengenai tag Touch ‘n Go RFID yang mempunyai tarikh luput selewat-lewatnya pada 31 Januari 2024. Bagi menjelaskan kekeliruan itu, TNG memaklumkan perkara tersebut tidak benar –  tag RFID TNG tidak mempunyai tarikh luput.

Berkaitan

  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • 3 Juta Pelanggan RFID Ketika Ini, Touch ‘n Go Sasar 4 Juta Menjelang Akhir 2024
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Mengulas lanjut, TNG mengatakan baru-baru ini pihaknya menjalankan kempen promosi untuk gantian tag RFID pengguna perintis yang telah mengalami kerosakan seperti koyak, lusuh dan sebagainya.

Perlu diketahui, pengguna perintis RFID adalah mereka yang menyertai program itu, yang dijalankan antara Ogos 2018 hingga 15 Februari 2020.

Melalui kempen itu, pengguna boleh membeli tag RFID gantian pada harga RM19.50 (yuran penghantaran dikecualikan). Harga yang dikurangkan ini disediakan melalui pulangan tunai sebanyak RM20.50 yang akan dikreditkan kepada pengguna apabila berjaya membeli tag RFID gantian.

Tag RFID Tidak Mempunyai Tarikh Luput – TNG

Sekiranya pengguna perintis memilih untuk membeli tag gantian RFID baharu, pengguna perlu membatalkan tag lama setelah menerima tag RFID baharu. Jika tidak melakukan demikian, tag RFID akan dibatalkan secara automatik pada 31 Januari 2024 – bagi memastikan mereka tidak mempunyai 2 tag yang didaftarkan pada satu kenderaan.

Sementara itu, TNG turut memaklumkan pihaknya tidak menawarkan pembatalan atau bayaran balik bagi sebarang pembelian tag RFID baharu yang telah berjaya dilakukan.

Tag RFID sedia ada boleh diguna seperti biasa

Walau bagaimanapun, jika pengguna perintis memilih untuk tidak membeli dan menggantikannya, tiada apa yang berlaku dan tag RFID sedia ada boleh digunakan seperti biasa – kerana seperti dinyatakan tag RFID tidak mempunyai tarikh luput.

https://www.facebook.com/Mytouchngo/posts/pfbid0R7hPDgwtA7fsx4UnZwkTqUiYtTT3PjPsUqQv5ssJe9Q2jeZpqozH7wbjAs4GzvnZl

Sumber: TNG 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY