Terbaru, fungsi tersebut akan mula ditawarkan kepada pengguna untuk memberikan mereka lebih kuasa mengawal halaman suapan berita (newsfeed).
Mungkin ada dalam kalangan kenalan Facebook anda sedikit menjengkelkan tetapi anda tidak mahu unfollow, tidak mahu unfriend dan fungsi snooze ini sesuai digunakan.
Ia berfungsi untuk senyapkan perkongsian yang dibuat kenalan dalam tempoh 30 hari. Tidak terhad kepada akaun individu, anda juga boleh senyapkan grup dan pages.
Untuk mengaktifkan fungsi tersebut, pergi kepada tiga titik bertindih pada perkongsian dan tekan. Menu akan dipaparkan dan pilih Snooze untukĀ berhenti melihat perkongsian daripada akaun tersebut.
Penawaran fungsi snooze adalah secara berperingkat dan bermula pada minggu hadapan.
Sumber: Facebook
Berkaitan
- Facebook Perkenal Fungsi Permainan Dalam Aplikasi Messenger
- Facebook Bakal Hadir Dengan Sokongan Video 4K
- Facebook Sedang Bangunkan Ciri Cari Jodoh Seakan Tinder
- Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger
- Facebook Messenger Rooms, Panggilan Video Sehingga 50 Pengguna
- WhatsApp, Facebook Dan Instagram Alami Masalah Akses
- Facebook Uji Ciri Baru - News Feed Dibahagi Kepada Dua Bahagian, Perkongsian Rakan Atau Pages
- Facebook Mungkin Akan Sembunyikan Jumlah Like
- Telefon Satu Kamera Kini Sudah Boleh Merakam 3D Photo Facebook
- Facebook, Instagram Dan WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Bagi Pengguna Seluruh Dunia