Ataupun kenalan yang sering memuat naik status merepek, mempromosi perkara yang tidak masuk akal seperti "Bina rumah banglo pada harga sebuah reban ayam", dan lain-lain posting yang menjengkelkan.
Terbaru, pengguna Facebook di Amerika Syarikat dikatakan telah menerima satu ciri yang dikenali sebagai Snooze, dimana ia mirip kepada fungsi unfollow. Ciri ini telah dikesan oleh media by Dre, dan telah memaklumkannya ke Twitter.
https://twitter.com/dremediaworks/status/907709009997844481?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.telegraph.co.uk%2Ftechnology%2F2017%2F09%2F18%2Ffacebooks-new-snooze-button-makes-easier-silence-annoying-friends%2F
Menariknya tentang butang Snooze ini adalah mereka dapat "senyapkan" kenalan, group atau page mengikut tempoh masa yang dipilih seperti 24 jam, 7 hari, ataupun 30 hari.
"Kami sedang menguji satu cara baru untuk memberikan kawalan suapan berita kepada pengguna supaya mereka sentiasa berhubung dengan kisah/berita yang dianggap relevan." ujar Facebook kepada TechCrunch.
Buat masa sekarang, fungsi berkenaan hanya diuji dalam kelompok kecil pengguna di Amerika Syarikat dan tidak pasti bilakah ia akan ditawarkan secara rasmi.
Fungsi Snooze ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu "senyapkan" kenalan buat seketika dan jika terlalu memeningkan kepala, lebih elok unfollow sahaja mereka.
Sumber: Dre via Mail Online
Berkaitan
- Aplikasi Facebook Sudah Lepas 5 Bilion Pemasangan Pada Peranti Android
- AmBank Akan Lancar e-Dompet Pada Bulan Hadapan
- Kemaskini Pixel 2 Tingkatkan Lagi Prestasi Kamera
- Khabar Angin - Samsung Bakal Melengkapkan Galaxy Note 9 Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan
- Aplikasi Setel Kini Boleh Setelkan Masalah Kereta Terkunci, Bateri 'Kong' Dan Minyak Habis Ditengah Jalan
- Vivo Kongsikan Cara Bersihkan Telefon Pintar
- Xiaomi Mi Notebook Air Versi 4G Di Lancar Di China
- MyFreeView Hidang 15 Saluran TV, Dijangka Tambah Penyiar Baru Selepas Ini
- Pantau Pelaburan ASNB Melalui myASNB
- Anda Dinasihatkan Supaya Berhati-Hati Dalam Membeli Bekalan Perubatan Dalam Talian