Facebook telah memperkenalkan ciri baharu yang membenarkan pengguna atau pencipta kandungan mempunyai lebih banyak kawalan ke atas kandungan yang mereka miliki.

Melalui Creator Studio, ia membantu pencipta kandungan mengawal siapa, apa, dan bila kandungan tersebut dikongsi kepada pengguna media sosial lain.

tuntut imej facebook

Terbaru, Facebook memperkenalkan Rights Manager for Images, iaitu penambahan baru Rights Manager yang menggunakan teknologi padanan imej untuk membantu pencipta kandungan melindungi dan menguruskan kandungan imej mereka.

IKLAN

Untuk mendapat akses Rights Manager, pencipta kandungan perlu menjadi admin bagi halaman Facebook atau Instagram tersebut. Setelah itu, tuntutan imej atau video boleh dimohon melalui pautan ini. Kemudian, Facebook akan menilai terlebih dahulu sebelum permohonan tersebut diterima.

Sumber: Facebook