Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Kini Hadir Dengan Fungsi ‘Off-Facebook Activity’ Secara Global

Facebook Kini Hadir Dengan Fungsi ‘Off-Facebook Activity’ Secara Global

Diterbitkan Januari 29, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook telah mengumumkan fungsi “Off-Facebook Activity” kini tersedia untuk semua pengguna secara global, selepas pelancaran di Ireland, Korea Selatan dan Sepanyol pada Ogos tahun lalu.

Off-Facebook Activity

Seperti yang dijelaskan oleh Facebook, Off-Facebook Activity adalah maklumat di mana perniagaan dan organisasi berkongsi dengan Facebook tentang interaksi anda dengan mereka. Interaksi yang dimaksudkan adalah seperti melawat laman web mereka atau log masuk ke aplikasinya melalui Facebook.

Dengan Off-Facebook Activity, anda boleh melihat dan mengawal data yang dikongsi oleh aplikasi dan laman web lain dengan Facebook. Melalui Clear History yang terdapat pada Off-Facebook Activity, ia boleh membantu jika anda sentiasa menerima iklan untuk sesuatu yang anda cari dalam talian atau sesuatu yang dicadangkan oleh Facebook.

Facebook Kini Hadir Dengan Fungsi ‘Off-Facebook Activity’ Secara Global

Selain membersihkan sejarah aktiviti anda, bahagian ini termasuk pilihan untuk melihat maklumat anda mengikut kategori, muat turun maklumat anda dan pilih bagaimana Off-Facebook Activity boleh diuruskan pada masa hadapan. Menurut Facebook, fungsi ini menandakan tahap baru bagi ketelusan dan kawalan, dan ia akan terus ditambah baik.

Sumber: Facebook Newsroom, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY