Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi Facebook Gaming android

Apple Sekali Lagi Menolak Penerbitan Aplikasi Facebook Gaming Dari App Store

Diterbitkan Jun 19, 2020 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan sekali lagi telah menolak penerbitan aplikasi Facebook Gaming dari App Store. Aplikasi itu telah dinilai sejak beberapa minggu lalu, dan Apple masih berpendirian dengan keputusan tersebut.

Menurut New York Times, perkara tersebut tidak memeranjatkan Facebook berikutan ia bukanlah pertama kali Apple mengatakan tidak kepada aplikasi Facebook Gaming. Sejak Februari, Apple telah menolak sekurangnya 5 versi aplikasi itu.

Facebook Gaming App Store

Facebook Gaming merupakan platform permainan yang membolehkan pengguna menonton atau memainkan permainan secara penstriman langsung. Dalam aplikasi itu juga terdapat permainan yang diterbitkan oleh pihak Facebook Gaming.

Ia didakwa bercanggah dengan peraturan App Store yang tidak membenarkan aplikasi pihak ketiga menerbitkan permainan kasual.

Dengan membenarkan aplikasi pihak ketiga menawarkan permainan dalam platformnya, ia mungkin mengakibatkan aplikasi permainan di App Store dan Apple Arcade mengalami kerugian berikutan wujudnya persaingan.

Buat masa ini, Apple belum memberi penjelasan mengenai keputusan menolak penerbitan Facebook Gaming ke App Store.

Sumber: 9to5Mac

Beli produk iPhone dari:

Lazada (https://invol.co/clpasv)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY