Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zuckerberg

Facebook Batalkan Acara Tahunan Sehingga Jun 2021

Diterbitkan April 17, 2020 oleh Amalina Athman

Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan Facebook akan membatalkan mana-mana acara fizikal dengan lebih dari 50 orang sehingga Jun 2021. Beberapa acara tersebut akan digantikan dengan acara dalam talian, namun Facebook tidak berkongsi dengan spesifik mengenainya.

Langkah ini diambil berikutan panduan pakar kesihatan yang tidak menyarankan untuk mengadakan acara dalam kumpulan yang besar buat sementara ini.

Zuckerberg turut menyatakan syarikat itu akan melanjutkan polisi tidak melakukan perjalanan perniagaan sekurangnya sehingga Jun tahun ini, dan meminta sebilangan besar pekerjanya untuk bekerja dari rumah sekurangnya sehingga hujung Mei ini.

Melalui kiriman Zuckerberg, beliau turut menyatakan,

“When society does eventually start re-opening, it will have to open slowly in staggered waves to make sure that the people who are returning to work can do so safely and that we minimize the possibility of future outbreaks.”

Facebook Batalkan Acara Tahunan Sehingga Jun 2021

Sebelum ini, Facebook telah membatalkan acara persidangan pembangun F8 pada tahun ini, yang dijadual berlangsung 5 dan 6 Mei 2020. Melalui pengumuman terbaru, ini bermakna acara F8 pada tahun hadapan akan turut dibatalkan.

Selain itu, Oculus Connect yang kebiasaannya dilangsungkan pada September akan turut dibatalkan.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY