Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FACEBOOK PROFILE_2

Bermula Disember, Facebook Akan Keluarkan Maklumat Ini Daripada Profil Pengguna

Diterbitkan November 18, 2022 oleh Amalina Athman

Facebook kini memaklumkan kepada pengguna bahawa beberapa maklumat akan dialih keluar daripada profil, bermula 1 Disember 2022.

Berkaitan

  • Peratus Pengguna Muda Facebook Di Malaysia Meminati Politik Sangat Rendah - Kajian
  • Cara Mengaktifkan "Perbualan Rahsia" Pada Facebook Messenger
  • Meta Perkenal 2 Pilihan Tetapan Baru Untuk Facebook 'Feed'
  • Ini Cara Memadam Semua Log Aktiviti Facebook Anda Yang Disimpan

Dinyatakan, maklumat yang dikongsi pada profil pengguna dalam “About” > “Contact” dan maklumat asas yang akan dialih keluar adalah seperti berikut:

  • Alamat
  • Pandangan Politik
  • Pandangan Agama 

Sementara itu, maklumat seperti bandar semasa, kampung halaman dan tempat tinggal pengguna yang lain akan dikekalkan dalam profil, bersama-sama senarai rakan dan maklumat asas lain.

FACEBOOK PROFILE

Menurut TechCrunch, jurucakap Facebook memberitahu perubahan itu adalah untuk menjadikan rangkaian media sosial itu lebih mudah untuk digunakan.

Pemberitahuan mengenainya sudah pun dihantar kepada semua pengguna, yang mana boleh dilihat melalui laman profil masing-masing. Bagaimanapun, Facebook memaklumkan perubahan ini tidak menjejaskan keupayaan sesiapa sahaja untuk berkongsi pandangan berkaitan perkara itu di tempat lain di Facebook.

Pengguna juga boleh memuat turun salinan maklumat tersebut, sebelum ianya dialih keluar daripada Facebook bermula bulan depan.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY