Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILE PHOTO: FILE PHOTO: A Facebook logo is displayed on a smartphone in this illustration

Facebook Alami Gangguan Sementara, Ruangan Komen Tak Dapat Diakses

Diterbitkan Januari 26, 2023 · Dikemas kini Januari 26, 2023 oleh Amalina Athman

Kemas kini 12.33 tengah hari, 26 Januari 2023: Pengguna kini sudah boleh mengakses ruangan komen di Facebook seperti biasa.

Artikel asal: Facebook kini dikesan sedang mengalami gangguan sementara atau ‘glitch’, yang menyebabkan ruangan komen tidak dapat diakses.

Berkaitan

  • Ini Cara Memadam Semua Log Aktiviti Facebook Anda Yang Disimpan
  • Ubah Segera Tetapan Ini, Elakkan Facebook Tahu Aktiviti Perbankan Dan Laman Sesawang Anda Layari

Menerusi Downdetector, ia memperlihatkan lebih 11,000 laporan telah dibuat sejak 7.51 pagi tadi. Rata-rata pengguna tidak dapat membuka atau mengakses ruangan komen, sama ada melalui aplikasi atau laman web.

downdetector fb

Ketika artikel ini ditulis, masalah tersebut masih berlanjutan, yang mana menyebabkan ruangan komen tidak kelihatan apabila dibuka, terutamanya apabila memilih tetapan “Most relevant” dan “All comments”. Namun, tinjauan mendapati ianya hanya melibatkan ruangan komen di halaman (page) Facebook. Manakala ruangan komen bagi siaran (post) individu dan Group di Facebook masih dapat diakses seperti biasa.

Buat masa ini, belum ada kenyataan lanjut daripada Facebook berhubung perkara tersebut.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY