Menurut Facebook, reaksi emoji ini akan muncul dalam semua jenis kandungan platform. Ini bermakna, anda boleh menggunakannya untuk memberi reaksi terhadap kiriman di Facebook, komen, imej, video atau kandungan lain.
Pengguna di laman web Facebook dan aplikasi mudah alih akan melihat reaksi ketujuh yang menampilkan watak "emoji yang memeluk hati". Bagi Facebook Messenger, ia akan mempamerkan emoji berbentuk hati berwarna ungu yang berdenyut.
[embed]https://twitter.com/alexvoica/status/1251090868913819649[/embed]
Untuk mengemaskini reaksi pada Messenger, anda hanya perlu tekan dan hold reaksi 'hati' sedia ada dan jika mahu menukarkannya kembali, ulang perkara yang sama di reaksi yang baru tersebut.
Sudah mula dilepaskan pada 17 April lalu, Facebook turut mengesahkan ia akan tersedia pada aplikasi Facebook dan Messenger secara global pada minggu ini. Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada reaksi tersebut akan kekal atau hanya dalam tempoh tertentu sahaja.
Berkaitan
- Facebook Kini Hadir Dengan Fungsi 'Off-Facebook Activity' Secara Global
- Facebook SPA Negeri Perak Digodam, Kini Bukan Lagi Medium Rasmi
- Facebook Mengumumkan Integrasi Sistem Permesejan Pada Aplikasi Instagram Dan Messenger
- Bermula Disember, Facebook Akan Keluarkan Maklumat Ini Daripada Profil Pengguna
- Apple Ambil Potongan 30% Untuk 'Boost', Meta Dakwa Beri Impak Kepada Perniagaan Facebook
- Bekas Pekerja Dakwa Facebook Dengan Sengaja Habiskan Bateri Telefon Pengguna
- Facebook Avatars Kini Tersedia Di Malaysia, Pengguna Mula Mencuba Ciri Baharu Ini
- Gambar Dan Video Facebook Kini Boleh Dipindahkan Ke Dropbox
- Facebook Cuba Melobi Apple Untuk Menjadikan Aplikasi Messenger Sebagai Pilihan 'Default' Permesejan
- Facebook Didakwa Mengintip Pengguna Instagram Melalui Kamera Swafoto