Kini, platform sosial media Twitter telah melancarkan fungsi baru di mana anda boleh memberi reaksi emoji di DM, yang kelihatan hampir sama dengan Facebook namun ada sedikit perbezaan. Ia juga tersedia bagi versi web, Android, dan iOS.

Bagi versi web, anda dengan mudah dapat memberikan reaksi pada DM dengan klik atau tap pada ikon heart-plus yang muncul di sebelah mesej. Bagi versi Android dan iOS, anda boleh menggunakan cara yang sama seperti versi web atau tap dua kali untuk menggunakan emoji tersebut.
Anda boleh memberikan reaksi emoji ini kepada mana-mana jenis DM sama ada dalam bentuk teks atau lampiran media. Selain itu, setiap kali menerima reaksi, anda akan diberitahu melalui notifikasi Twitter.

[embed]https://twitter.com/TwitterSupport/status/1220124106634321921[/embed]
Sumber: Engadget
Berkaitan
- Twitter Kini Bolehkan Pengguna Tambah Pelekat Pada Fleets
- Twitter Tambah Fungsi Baru 'Continue Thread'
- Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status 'Verified'
- Berkuat Kuasa Serta Merta, Semua Bangunan Pejabat Twitter Ditutup Sementara Waktu
- Twitter Pernah Ingin Ambil Alih Clubhouse Dengan Nilai RM16.5 Bilion
- Elon Musk Sahkan Langganan Twitter Blue Akan Naik Harga, Bakal Perkenal Beberapa Ciri Baharu
- Twitter Cuba Fungsi Baru, Perlu Buka Artikel Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Ciapan Semula
- KKMM Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Siasat Kes Ciapan Tidak Senonoh Di Akaun Rasmi Twitter MCMC
- Twitter Dilapor Mahu Bangunkan Platform Pembayaran Sendiri
- Twitter 'Trending' Di Platform Sendiri Dengan Tanda Pagar #RIPTwitter