Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple App Store_

EU Denda Apple Dan Meta €700 Juta, Berpotensi Cetus Kemarahan Trump

Diterbitkan April 24, 2025 · Dikemas kini April 24, 2025 oleh ariff bukhari

Kesatuan Eropah (EU) pada hari Rabu mengenakan denda sebanyak 700 juta euro (~RM3.5 bilion) terhadap Apple dan Meta selepas 2 gergasi teknologi dan media sosial itu didapati melanggar peraturan persaingan digital blok rantau itu.

Ia merupakan tamparan hebat kepada 2 syarikat AS itu. Malah tindakan itu juga dilihat berpotensi mencetuskan kemarahan Presiden AS, Donald Trump.

Suruhanjaya Eropah mendenda Apple sebanyak 500 juta euro selepas syarikat itu didapati menghalang pembangun daripada mengemudi pelanggan di luar App Store untuk mengakses tawaran yang lebih murah.

Sementara Meta pula dikenakan penalti sebanyak 200 juta euro atas sistem “bayar atau setuju” selepas ia melanggar peraturan mengenai penggunaan data peribadi di Facebook dan Instagram.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Intel Dilapor Akan Kurangkan Lebih 20% Tenaga Kerja
  • Keuntungan Tesla Merudum, Elon Musk Umum Akan Kurangkan Bekerja Untuk Trump

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY