Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Pertama Ferrari Berjaya Dijual Pada Harga ~RM162 Juta

EV Pertama Ferrari Berjaya Dijual Pada Harga ~RM162 Juta

Diterbitkan Ogos 17, 2026 · Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh ariff bukhari

Model kereta elektrik (EV) pertama Ferrari, Luce telah berjaya terjual pada harga USD40 juta (~RM162 Juta) dalam lelongan amal RM Sotheby’s di Monterey.

Harga ini melonjak 36 kali ganda daripada anggaran awal USD1.1 juta dan 62 kali ganda daripada harga rasminya, €550,000 (~RM2.6 juta)

Faktor jualan amal jelas memainkan peranan besar dalam kejayaan lelongan ini apabila keseluruhan hasil jualan itu disalurkan kepada badan amal melalui Yayasan Ferrari.

Keistimewaan kereta ini terletak pada reka bentuk unik, cat “Madreperla Semi-Gloss” yang berubah warna mengikut cahaya, interior kulit Le Mans metalik khas, serta rim dan kaliper buatan eksklusif.

Kereta ini dijadualkan siap dan dihantar pada suku pertama 2027 selepas proses pemasangan terakhir di Maranello.

Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
Luce boleh dicas semula 70 kWh dalam masa 20 minit menggunakan stesen pengecasan pantas yang mampu menyalurkan sehingga 350 kW. Ia mampu memecut dari 0–100 Km/j dalam 2.5 saat dengan jarak lebih 530 km.

Ferrari sememangnya terkenal dengan rekod lelongan amal yang mencatat sejarah.

Sebelum ini, Daytona SP3 (2025) terjual pada harga USD26 juta dan LaFerrari Aperta (2017) pada USD10 juta.

Namun, Luce EV berjaya mengatasi rekod tersebut dengan margin 54%.

Malah, nilainya hampir menyamai kereta klasik Ferrari 250 GTO 1962 yang pernah dijual pada USD48.4 juta.

Walaupun pelancarannya pada 2026 menerima kritikan dan menyebabkan saham Ferrari jatuh, semua unit pengeluaran awal sebanyak 500 buah kereta habis ditempah dalam masa kurang dua bulan.

Berkaitan

  • Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Jualan Merosot, Produksi EV Porsche Taycan Dilapor Bakal Hentikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY