Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
All-new Nissan Micra unveil press release – main title image

EV Nissan Micra Gen-6 Akan Dilancarkan Di Eropah, Julat Sehingga 408km

Diterbitkan Mei 23, 2025 oleh ariff bukhari

Nissan bakal melancarkan generasi keenam MICRA pada tahun ini di pasaran Eropah sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya dalam segmen B.

Model baharu ini menampilkan reka bentuk baru, sambungan digital menyeluruh, dan prestasi EV kereta kompak bergaya dan ringkas.

Direka di London oleh Nissan Design Europe, MICRA baharu menggabungkan gaya SUV dengan kemasan premium.

MICRA 2025 hadir dalam dua pilihan bateri, iaitu 40kWh dan 52kWh, dengan jarak pemanduan sehingga 408 kilometer dengan pelbagai mod pemanduan termasuklah Comfort, Sport, Eco dan Perso yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pemandu.

Malah dengan Sistem e-Pedal dan brek regeneratif menjadikan pemanduan EV ini lebih lancar dan jimat tenaga.

detailed shot of open electric charging port with a charger plugged in on left side above the wheels
Nissan MICRA baharu ini menyokong pengecasan pantas yang hanya mengambil masa 30 minit untuk mengecas dari 15% hingga 80% menggunakan pengecas DC 100kW (80kW untuk versi 40kWh).
EV Nissan Micra

Di bahagian dalam, MICRA dilengkapi dua skrin digital 10.1 inci untuk kawalan navigasi, audio, dan informasi kenderaan.

Ciri sambungan pintar MICRA juga diintegrasi dengan Google  membolehkan pengguna mengakses Google Maps, Google Assistant dan aplikasi melalui Google Play secara langsung.

full dashboard view of cockpit from driver POV showing steering wheel. driver focused infotainment, front seats, and blue ambient lights below the dashboard. Google maps navigation on screen

Sistem NissanConnect nya pula membolehkan kawalan seperti pemantauan bateri dan kawalan suhu kabin melalui aplikasi telefon serta menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.

Dari aspek keselamatan, MICRA dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti ProPilot Assist, brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong, pemantauan titik buta, serta sistem pemantauan pemandu.

MICRA gen-6 ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi bermula di Eropah pada penghujung tahun 2025 ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta
  • Honda Perlahankan EV, Fokus ADAS Dan HEV Untuk Laluan Lebih Realistik

Sumber: Nissan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY