Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honda ceo

Honda Perlahankan EV, Fokus ADAS Dan HEV Untuk Laluan Lebih Realistik

Diterbitkan Mei 22, 2025 · Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh ariff bukhari

Honda Motor Co., Ltd. telah mengumumkan perubahan besar terhadap strategi elektrifikasinya susulan perubahan pasaran kenderaan elektrik (EV) global.

Dalam sidang media yang diketuai oleh CEO globalnya, Toshihiro Mibe, Honda menekankan bahawa matlamat utama mereka kekal sama iaitu mencapai bebas karbon dan sifar kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya menjelang 2050.

Namun, disebabkan perlahannya pertumbuhan pasaran EV serta ketidakpastian dasar kerajaan di pelbagai negara telah mendorong syarikat automotif Jepun itu untuk merombak hala tuju mereka agar lebih fleksibel dan berdaya tahan.

Untuk hala tuju barunya, Honda akan memberi penekanan kepada penggabungan teknologi pintar dalam EV dan kenderaan hibrid elektrik (HEV), terutama menerusi pembangunan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) generasi baharu.

Honda Perlahankan EV, Fokus ADAS Dan HEV Untuk Laluan Lebih Realistik

Teknologi ini bakal digunakan pada model-model utama mereka bermula 2027, yang membolehkan pemanduan lebih selamat dan selesa, walaupun dalam persekitaran bandar yang kompleks.

Pada masa yang sama, Honda sedang memperkukuh barisan HEVnya, dengan pelan untuk melancarkan 13 model HEV generasi baharu dalam tempoh 2027 hingga 2031.

Honda Perlahankan EV, Fokus ADAS Dan HEV Untuk Laluan Lebih Realistik

Sistem e:HEV baharu dijangka lebih cekap, berprestasi dan kos efektif, termasuk untuk kenderaan bersaiz besar.

Ini akan menyokong peralihan Hionda ke arah EV dengan lebih lancar, terutamanya di pasaran utama seperti Amerika Utara.

Honda Perlahankan EV, Fokus ADAS Dan HEV Untuk Laluan Lebih Realistik

Walaupun sasaran jualan EV Honda menjelang 2030 dikurangkan daripada 30% ke tahap lebih realistik, komitmen jangka panjang Honda terhadap EV masih utuh.

Model pertama siri Honda 0 Series akan dilancarkan tahun depan, menampilkan teknologi pintar ASIMO OS serta sistem atas cip (SoC) berprestasi tinggi hasil kerjasama dengan Renesas.

Dalam aspek pengeluaran, Honda menyatakan mereka membina sistem produksi yang fleksibel dan mampan yang boleh menghasilkan EV dan HEV secara bersama, serta mengukuhkan rantaian bekalan berkonsepkan “pengeluaran tempatan untuk penggunaan tempatan.”

Selain kereta, Honda turut mengumumkan akan mempercepat elektrifikasi motosikal, termasuk membina kilang motosikal elektrik khusus di India yang akan mula beroperasi menjelang 2028.

Akhir sekali, Honda turut mengumumkan pengurangan pelaburan dalam strategi elektrifikasi sebanyak 3 trilion yen (~RM89 bilion) iaitu daripada 10 trilion yen kepada 7 trilion yen menjelang 2031 (tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2031.)

Honda Perlahankan EV, Fokus ADAS Dan HEV Untuk Laluan Lebih Realistik

Walau bagaimanapun, syarikat itu mensasarkan untuk menjana lebih 12 trilion yen dalam tempoh sama dengan jangkaan pertumbuhan kukuh dalam sektor motosikal dan HEV.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta
  • Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon RX 9060 XT Ke Barisan Nitro

Sumber: Honda Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY