Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Denza D9

EV MPV Mewah DENZA D9 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM259,000

Diterbitkan Februari 20, 2025 · Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh ariff bukhari

DENZA, sub-jenama premium BYD, secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran model DENZA D9.

Menggabungkan reka bentuk elegan, teknologi inovatif, dan prestasi lestari, DENZA mentakrifkan semula kemewahan dalam mobiliti moden.

DENZA D9 adalah sebuah MPV elektrik mewah yang dilengkapi sistem dengan teknologi canggih seperti tiga motor elektrik, stereng roda belakang, dan sistem kawalan badan pintar DiSus.

Denza D9
Ditubuhkan pada 2010 sebagai usaha sama antara BYD dan Mercedes-Benz, DENZA kini dimiliki sepenuhnya oleh BYD selepas penstrukturan semula.

Model ini juga menampilkan kerjasama audio jenama mewah Perancis, DEVIALET, bagi pengalaman bunyi premium.

Dengan harga RM 259,000 (Advanced FWD) dan RM 309,000 (Premium AWD), DENZA D9 hadir dengan pilihan warna Arctic White, Cosmos Black, dan Whale Sea Blu bersama jaminan bateri 8 tahun/160,000 km dan jaminan kenderaan 6 tahun/150,000 km.

Bagi pelanggan yang ingin merasai pengalaman dengan DENZA D9 boleh kunjungi The Landing, KL Base dari 21 hingga 23 Februari di mana anda juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk pandu uji, pameran teknologi DENZA, pengalaman bilik pameran VR, dan banyak lagi. 

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999
  • Robot Operasikan Hub Logistik DHL Seluas 22,000 meter persegi Di Pulau Pinang

Sumber: Siaran media DENZA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY