Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 2_Photo 1_DHL Penang Logistic Hub 5

Robot Operasikan Hub Logistik DHL Seluas 22,000 meter persegi Di Pulau Pinang

Diterbitkan Februari 20, 2025 · Dikemas kini April 4, 2025 oleh ariff bukhari

DHL Supply Chain, peneraju global dalam logistik telah membuka Penang Logistics Hub 5 di Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas Pulau Pinang.

Kemudahan baharu seluas 22,000 meter persegi ini yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dibina khas untuk menyokong syarikat teknologi multinasional.

DHL Supply Chain Malaysia menawarkan kepakaran logistik dalam pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, automotif, barangan pengguna, bahan kimia, tenaga, perkilangan, sains hayat, penjagaan kesihatan, runcit, dan teknologi.

Pelaburan berjumlah €30 juta (~RM138 juta) oleh DHL Supply Chain untuk pembinaan gudang ini, dengan tambahan €12 juta (~RM55 juta) adalah bagi memperkenalkan sistem automasi robotik.

Photo 1_DHL Penang Logistic Hub 5

Teknologi yang digunakan termasuklah Automated Case-handling Mobile Robot (ACR), Goods-to-Person Robotics (GTPR), dan Automated Storage and Retrieval System (ASRS).

Ia merupakan penggunaan pertama ACR dan GTPR secara global dalam operasi DHL. Automated Guided Vehicles (AGVs) juga diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan operasi logistik.

Penang Logistics Hub 5 turut direka mengikut Indeks Bangunan Hijau Malaysia dengan ciri lestari seperti panel solar di bumbung, sistem penuaian air hujan, dan lampu LED cekap tenaga dengan pengesan pergerakan.

Pelancaran hab logistik ini sejajar dengan pelaburan bernilai €131 juta (~RM606 juta) DHL di Malaysia, bertujuan meningkatkan kapasiti dan membangunkan tenaga kerja mahir bagi menyokong pertumbuhan pelanggannya.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999
  • Keputusan Pelaburan Kini Lebih Pantas Dengan Teknologi AI Moomoo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY