Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Highway ADAS Test

Tesla Atasi EV China Dalam Ujian ADAS Di Negara Sendiri

Diterbitkan Julai 28, 2025 · Dikemas kini Julai 28, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam dunia automotif yang semakin canggih, sistem bantuan pemandu lanjutan atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) menjadi fokus utama pengeluar kereta.

Baru-baru ini, sebuah ujian besar-besaran telah dijalankan di China oleh platform automotif Dcar, milik syarikat induk TikTok, ByteDance, bersama kerjasama media rasmi negara itu, CCTV.

Mereka menutup sebahagian lebuh raya semata-mata untuk menguji keupayaan ADAS pada 36 buah kereta dari pelbagai jenama yang dijual di pasaran domestik.

Tesla Atasi EV China Dalam Ujian ADAS Di Negara Sendiri

Apa yang menjadikan ujian ini menarik adalah pendekatannya yang realistik dan mencabar.

Antara senario ujian itu termasuklah kenderaan lain memotong secara tiba-tiba, zon pembinaan gelap dengan lori statik, tindakan pemanduan agresif serta patung babi hutan melintas jalan secara mengejut.

Semua senario itu bertujuan untuk melihat sejauh mana sistem bantuan pemandu mampu bertindak balas dalam situasi sebenar di jalan raya.

Tesla Atasi EV China Dalam Ujian ADAS Di Negara Sendiri
Highway ADAS Test

 

Namun, keputusan ujian ini memberikan kejutan yang besar apabila Tesla, yang hanya bergantung pada sistem penglihatan berasaskan kamera tanpa menggunakan teknologi LiDAR seperti pesaingnya di China, muncul sebagai antara yang terbaik.

Model X dan Model 3 Tesla telah lulus dengan cemerlang selepas lulus lima daripada enam ujian yang dijalankan.

Model 3 hanya gagal dalam ujian simulasi perlanggaran dengan babi hutan, manakala Model X gagal di zon pembinaan gelap.

Sebaliknya, jenama tempatan seperti Xpeng, BYD, Huawei dan Xiaomi yang menggunakan sistem LiDAR pula hanya berjaya lulus tiga daripada enam ujian tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa ujian ini hanyalah untuk sistem bantuan pemandu tahap 2 (Level 2 ADAS), bukan pemanduan autonomi sepenuhnya.

Highway ADAS Test

Dalam semua ujian itu, pemandu masih perlu meletakkan tangan di stereng seperti yang ditetapkan dalam garis panduan keselamatan.

Selain itu, ujian ini tidak merangkumi semua keadaan seperti cuaca buruk, di mana penggunaan lidar mungkin lebih efektif berbanding kamera.

Secara keseluruhannya, ujian ini membuka mata banyak pihak tentang potensi sebenar teknologi kamera Tesla, yang selama ini sering dibandingkan dengan LiDAR.

Ia juga mencerminkan kepantasan inovasi dan pengaruh Tesla dalam bidang kenderaan pintar, sekaligus memberi tekanan kepada pengeluar lain untuk meningkatkan keupayaan ADAS mereka.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • BYD Lancar Sistem Parkir Autonomi Tahap 4, Janjikan Pampasan Jika Sistem Gagal
  • Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO

Sumber: electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY