Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO

Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO

Diterbitkan Julai 28, 2025 · Dikemas kini Julai 28, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda peminat tegar peranti permainan mudah alih dan peminat permainan klasik, anda pastinya teruja apabila LEGO memperkenalkan model ikonik Game Boy dalam bentuk set binaan berskala hampir 1:1.

Model ini menampilkan sejumlah 421 keping bata LEGO yang mengekalkan butiran asli Game Boy asal seperti butang kawalan, tombol audio, dan slot memasukkan kaset permainan.

Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO
Pelancaran Game Boy pada 31 Julai 1989 telah merevolusikan dunia permainan video dengan membolehkan pemain bermain di mana-mana sahaja. Ia membawakan pengalaman permainan mudah alih yang belum pernah wujud sebelum itu.

Malah ia turut disertakan bersama dengan kaset permainan LEGO versi The Legend of Zelda™: Link’s Awakening dan Super Mario Land™, serta pilihan skrin paparan yang boleh ditukar.

Sistem permainan mudah alih Game Boy ini dicipta oleh Gunpei Yokoi dari Nintendo, pencipta siri Metroid.

Inspirasinya datang selepas beliau melihat seorang ahli perniagaan bosan bermain dengan kalkulator LCD.

Bersama Satoru Okada dan pasukan R&D Nintendo, idea itu dikembangkan dan dipatenkan di AS pada 24 September 1985.

Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO
Game Boy original. Kredit. Smithsonian Magazine.

Kini, peranti permainan yang berusia 36 tahun ini kembali dalam set LEGO yang direka khas untuk peminat dewasa dan mereka yang sukakan aktiviti kreatif.

Set binaan Model LEGO Game Boy ini sudah dibuka untuk pra-tempahan bermula 24 Julai 2025 dan akan mula dijual pada 1 Oktober 2025 pada  harga USD$59.99 (~RM282).

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Ujian Terbaru Dedahkan Pelayar Terpantas Untuk Peranti Android
  • ASUS TUF Gaming T500 Tiba Di Malaysia – Desktop 'Gaming' Kompak, Harga Serendah RM3,899

Sumber: LEGO.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY