Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Model 3 Prestasi

Euro NCAP Iktiraf Tesla Model 3 Sebagai Kereta Paling Selamat 2025

Diterbitkan Julai 18, 2025 oleh ariff bukhari

Tesla Model 3 telah dinobatkan sebagai kereta paling selamat tahun 2025 oleh Euro NCAP selepas mengungguli ujian keselamatan terkini dengan memperoleh markah setinggi  359 daripada 400 mata.

EV tersebut memperoleh skor 90% bagi kategori perlindungan penumpang dewasa: 93% perlindungan kanak-kanak, 89% perlindungan pejalan kaki dan 87% untuk sistem bantuan keselamatan.

Euro NCAP Iktiraf Tesla Model 3 Sebagai Kereta Paling Selamat 2025

Antara ulasan Euro NCAP dalam laporannya menyatakan, struktur kabin Model 3 kekal stabil, menunjukkan keupayaan badan kenderaan menyerap impak dengan baik dalam ujian hentaman hadapan separa (frontal offset).

Sistem beg udara Tesla juga menunjukkan prestasi memberangsangkan, melindungi kedua-dua pemandu dan penumpang hadapan dengan berkesan.

Perlindungan daripada kecederaan leher (whiplash) semasa pelanggaran dari belakang juga dinilai sangat baik, baik untuk tempat duduk hadapan mahupun belakang.

Euro NCAP menyimpulkan, Tesla Model 3 sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai antara kenderaan paling selamat di pasaran apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam ujian pelanggaran.

Berkaitan

  • BYD Lancar Sistem Parkir Autonomi Tahap 4, Janjikan Pampasan Jika Sistem Gagal
  • Open AI Lancar ChatGPT Agent Untuk Pelanggan Pro, Plus Dan Team
  • Huawei Rampas Semula Takhta Telefon Pintar No.1 Di China

Sumber: Euro NCAP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY