Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

EU Tetapkan iPhone Perlu Beralih Kepada USB-C Sebelum Tarikh Ini

Posted on Disember 8, 2022Disember 9, 2022

Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi telah menetapkan tarikh akhir bagi semua telefon pintar yang dijual dalam pasaran berkenaan, termasuk iPhone untuk menggunakan port pengecasan USB-C.

{suggest}

Untuk rekod, Parlimen Eropah pada Oktober telah meluluskan undang-undang penggunaan port pengecasan tunggal, namun tiada tarikh spesifik yang diberikan bila undang-undang itu akan berkuat kuasa.

Kini, dalam arahan yang baru diterbitkan, EU mengatakan semua telefon pintar perlu mempunyai USB-C selewat-lewatnya pada 28 Disember 2024. Sebagai tambahan, peranti lain seperti tablet dan gadget, juga dikehendaki untuk bertukar kepada USB-C di bawah undang-undang baharu itu.

Sementara itu, produk yang bergantung semata-mata pada pengecasan wayarles tanpa port tidak perlu menyertakan USB-C.

Terdahulu, Greg Joswiak yang merupakan Naib Presiden Kanan Pemasaran Apple telah mengesahkan bahawa Apple akan patuh dengan undang-undang EU berhubung kewajipan untuk menggunakan port USB-C.

Joz tidak menyatakan bila Apple akan beralih kepada USB-C. Terdapat laporan yang mengatakan Apple mungkin beralih kepada port USB-C lebih awal, melalui pelancaran iPhone 15 pada September 2023.

Bagaimanapun, mengambil kira tarikh akhir untuk pelaksanaan penggunaan USB-C adalah pada 2024, tidak mustahil kita mungkin perlu menunggu sehingga pelancaran iPhone 16 sebelum Apple beralih kepada port tersebut.

Gambar utama: Teknomy

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress