Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone usb c

Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C

Diterbitkan Oktober 26, 2022 · Dikemas kini Oktober 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Greg Joswiak , Naib Presiden Kanan Pemasaran Apple mengakui bahawa Apple akan patuh dengan undang-undang Kesatuan Eropah berhubung kewajipan peranti elektronik untuk menggunakan port USB-C.

Ini bermakna iPhone seterusnya akan hadir dengan port USB-C. Waktu ini, MacBook, sesetengah iPad antara yang sedia dengan port USB Type-C.

Apple Leadership – Greg Joswiak – Apple

Beberapa hari lalu, EU telah memberi kelulusan akhir berkenaan undang-undang itu di mana menjelang 2024, semua peranti elektronik wajib menyokong USB-C.

Ia adalah salah satu usaha untuk mengurangkan sisa buangan dan memudahkan pengguna kerana majoriti peranti hari ini hadir dengan sokongan USB Type-C.

Berkaitan

  • Tak Semua USB-C Sama, Kini Ada Logo Untuk Lebih Mudah Dibezakan
  • 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone
  • Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah
  • Sah, Apple Perlu Patuh Undang-Undang Ganti Lightning Dengan USB-C
  • Apple Terhimpit, USB-C Mungkin Jadi Mandatori Di AS
  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C
  • Kemas Kini Tersedia, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 16.1
  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1

Dalam wawancara Tech Live oleh Wall Street Journal semalam, Greg Joswiak atau lebih dikenali sebagai “Joz” berkata Apple menghormati keputusan diambil Kesautuan Eropah dan akan mereka akan menurutinya.

Khabar angin mengatakan Apple kini sedang menguji iPhone 15 dengan port USB-C.

iPhone 2019 Mungkin Akan Berhijrah Ke USB-C

Disebabkan peraturan ini menetapkan kewajipan tersebut bermula 2024, maka ada kemungkinan iPhone 16 akan menjadi model sulung USB-C.

Disebabkan EU adalah badan untuk negara-negara di Eropah (kecuali beberapa yang tidak menyertainya), maka ada yang khuatir jika Apple akan memasarkan iPhone dengan Lightning untuk pasaran luar Eropah seperti Asia.

Namun dari segi kos, ia tidak cekap untuk mencipta dua varian dengan port berlainan.

Sumber: WSJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY