Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g malaysia

Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Kini Lebih Pantas Dari Singapura

Diterbitkan Jun 23, 2025 · Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh ariff bukhari

Kelajuan internet mudah alih di Malaysia kini telah berjaya mengatasi negara jiran, Singapura.

Menurut data terkini dari laporan analitik mudah alih antarabangsa oleh Speedtest Global Index, kelajuan purata muat turun internet mudah alih di Malaysia kini sepantas 167.19 Mbps.

Kelajuan itu sekali gus lebih pantas berbanding Singapura yang mencatatkan 164.58 Mbps sahaja.

Pencapaian itu juga meletakkan Malaysia kini dalam kelompok 15 negara dengan internet mudah alih terpantas di dunia.

kelajuan internet mudah alih  malaysia
Pencapaian ini adalah setakat bulan April 2025.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan prestasi ini termasuklah  komitmen berterusan daripada kerajaan dan pemain industri, seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile yang terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dan pelancaran 5G secara berperingkat dengan liputan yang semakin meluas dan stabil.

Walau bagaimanapun, bagi kategori kelajuan rangkaian jalur lebar tetap, Singapura menerajui carta dengan kelajuan purata 368.50 Mbps.

Jauh di depan meninggalkan Malaysia yang hanya merekodkan kelajuan 145.38 Mbps sahaja.

Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Kini Lebih Pantas Dari Singapura

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • 16 Bilion Data Kata Laluan Bocor – Ini Apa Anda Perlu Buat Sekarang
  • YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan

Sumber: Speedtest Global Index

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY