Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Q1 results

Keuntungan Tesla Merudum, Elon Musk Umum Akan Kurangkan Bekerja Untuk Trump

Diterbitkan April 24, 2025 oleh ariff bukhari

Elon Musk mengumumkan bahawa beliau akan mengurangkan penglibatan dalam kerja kerajaan (melalui Department of Government Efficiency atau DOGE) bulan depan bagi memberi lebih tumpuan kepada Tesla.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah krisis kejatuhan keuntungan suku pertama Tesla sebanyak 71% kepada $409 juta.

“Mungkin pada bulan depan, peruntukan masa saya kepada DOGE akan menurun dengan ketara,” kata Musk pada panggilan persidangan pendapatan.

Tesla telah melaporkan penurunan 71 peratus dalam keuntungan suku tahunan apabila penganalisis memberi amaran tentang kerosakan jenama akibat kerja Musk bagi pihak Trump.

Tesla turut melaporkan penurunan hasil sebanyak 9% kepada $19.3 bilion, dengan penganalisis menyalahkan kerosakan imej jenama akibat kaitan Musk dengan pentadbiran Trump, termasuk sumbangan lebih $270 juta kepada kempen Trump 2024.

Walaupun begitu, Tesla kekal optimis dan menyatakan bahawa pelancaran model kenderaan baharu yang lebih mampu milik dijangka dalam pertengahan 2025, serta pelancaran Robotaxi di Texas tetap dalam bulan Jun nanti.

Musk berkata kerja di DOGE kini “hampir selesai” dan beliau akan mengurangkan penglibatan kepada 1-2 hari seminggu, sambil kekal memberi nasihat kepada Presiden.

Penganalisis memuji keputusan Musk untuk kembali fokus kepada Tesla sebagai langkah penting.

Tesla juga mengkritik tarif 25% terhadap import kenderaan yang dilaksanakan pentadbiran Trump, tetapi menegaskan syarikat berada dalam kedudukan lebih baik berbanding pesaing yang bergantung kepada import.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Mulai Mei Depan
  • Sony Dengar Suara Peminat, Tema Klasik PS5 Kini Kembali

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY