Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EPL Akan Guna 30 Kamera Untuk Keputusan Ofsaid Lebih Tepat

EPL Akan Guna 30 Kamera Untuk Keputusan Ofsaid Lebih Tepat

Diterbitkan April 3, 2025 · Dikemas kini April 3, 2025 oleh ariff bukhari

Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menggunakan teknologi ofsaid separa automatik buat pertama kali dalam perlawanan liga mereka bermula 12 April ini dalam usaha untuk menamatkan kontroversi keputusan berkaitan ofsaid.

Sistem ini telah diperkenalkan dalam bola sepak England semasa pusingan kelima Piala FA pada Mac lalu kini telah diluluskan untuk digunakan dalam liga utama selepas ujian tambahan.

Tetapi ia sudah pun mula digunakan buat pertama kali pada Piala Dunia 2022 di Qatar dan juga telah ditampilkan dalam Liga Juara-Juara, Serie A dan La Liga.

EPL Akan Guna 30 Kamera Untuk Keputusan Ofsaid Lebih Tepat
EPL Akan Guna 30 Kamera Untuk Keputusan Ofsaid Lebih Tepat
EPL Akan Guna 30 Kamera Untuk Keputusan Ofsaid Lebih Tepat

Teknologi ini bertujuan meningkatkan ketepatan keputusan ofsaid dengan mengautomatikkan sebahagian daripada proses.

“Teknologi ini mengekalkan integriti proses sambil meningkatkan kelajuan, kecekapan dan konsistensi membuat keputusan offside.” EPL.

Menggunakan 30 kamera di sekeliling stadium, teknologi itu akan digunakan dalam keputusan ofsaid dekat dan akan membantu mengesahkan atau mencadangkan perubahan kepada keputusan di padang yang dibuat oleh pengadil.

Ia menggunakan garisan ofsaid maya dan grafik serta penjejakan optik pemain, memberikan pengalaman tontonan yang lebih baik untuk penonton di stadium dan di rumah.

Pegawai VAR akan mengesahkan keputusan sebelum memberitahu pengadil di padang.

Liga Perdana bekerjasama dengan Professional Game Match Officials Ltd dan Genius Sports untuk membangunkan sistem ini, yang akan digunakan dalam perlawanan Manchester City menentang Crystal Palace pada 12 April nanti.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Tiada Lagi "Blue Screen of Death", Microsoft Gantikan Dengan Rupa Paparan Baharu
  • Nintendo Switch 2 Rasmi, Akan Tersedia Di Pasaran Bermula 5 Jun 2025

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY