Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empayar Melaka Chronicle 3

“Empayar: The Melaka Chronicles” Dilancar, Tapi Terhad Untuk 50 Pemain Buat Masa Ini

Diterbitkan Mac 18, 2024 · Dikemas kini Mac 19, 2024 oleh ariff bukhari

Pada hari Sabtu, 16 Mac 2024 baru-baru ini, sebuah permainan baharu bernama “Empayar: The Melaka Chronicle” telah pun dilancarkan secara rasmi.

Permainan 3D berbentuk RPG (role-playing games) untuk platform mudah alih ini dibangunkan oleh UniVRse Interactive Sdn Bhd.

Empayar Melaka Chronicle 2

Permainan RPG aksi ini berkisar tentang kekayaan sejarah dan warisan budaya Kesultanan Melaka, menawarkan gabungan unik penceritaan, pertempuran seni mempertahankan diri dan penerokaan.

Walaupun telah dilancar, tapi “Empayar: The Melaka Chronicle” adalah fasa pra pelancaran.

Empayar Melaka Chronicle

Dalam satu kenyataan yang dibuat dalam hantaran Facebook rasminya, mereka memaklumkan permainan ini dibuka terhad kepada 50 orang pemain sahaja.

“Dukacita dimaklumkan kepada anda bahawa kami tidak dapat menampung semua individu yang berminat untuk fasa ujian alfa kami, mengehadkan penyertaan kepada 50 orang sahaja kerana kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Kami memahami keinginan anda untuk menyumbang dan menjadi sebahagian daripada fasa perintis ini, dan kami memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin timbul. Walau bagaimanapun, kami memberi jaminan bahawa minat anda amat dihargai, dan kami komited untuk memastikan penglibatan anda dalam perkembangan projek kami.

Seterusnya, bagi mereka yang tidak dapat menyertai ujian alfa, kami berjanji untuk memanjangkan jemputan ke fasa ujian beta kami yang seterusnya. Maklum balas dan sokongan anda adalah penting untuk kejayaan projek kami, dan kami amat menjangkakan penyertaan anda dalam membentuk hala tuju masa depannya.” Empayar: The Melaka Chronicle.

Untuk maklumat lanjut tentang permainan ini, layari laman rasmi Empayar The Game.

https://www.youtube.com/watch?v=YmlFkfgnMwo&t=14s&ab_channel=Empayar%3ATheMelakaChronicles

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY