Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ARM Latih 10 Ribu Jurutera Tempatan, Sasar Cip Rekaan Malaysia

ARM Latih 10 Ribu Jurutera Tempatan, Sasar Cip Rekaan Malaysia

Diterbitkan Julai 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Susulan hasrat Arm Holdings menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya di rantau ini, firma reka cip dari UK itu melancarkan program latihan Arm On-Demand bersama Advanced Semiconductor Academy Malaysia (ASEM).

Program ini menyasarkan melatih 10,000 jurutera tempatan dalam bidang semikonduktor dalam masa 10 tahun, dengan tumpuan kepada reka bentuk litar bersepadu (IC) bahagian hadapan. Sesi pertama telah pun bermula dengan 400 peserta, dan sasaran tahunan ialah 1,000 peserta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha ini disokong lebih 20 universiti dan 80 syarikat teknologi, menunjukkan komitmen serius terhadap pembangunan bakat tempatan.

Setakat ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM5–10 juta setahun, manakala kerajaan persekutuan melalui Kementerian Ekonomi meningkatkan sokongan kepada RM100 juta. Jumlah pelaburan dijangka melebihi RM100 juta dalam satu dekad.

Amirudin menegaskan matlamat utama ialah menghasilkan cip yang bukan hanya dipasang, tetapi direka dan dibangunkan di Malaysia, menjadikan negara bukan sekadar pengguna, tetapi pemilik teknologi.

Perancangan lanjut akan diperincikan dalam Selangor Plan 2 dan dijangka turut menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Berkaitan

  • ARM Holdings Bakal Jadikan Malaysia Pusat Operasi
  • Kerjasama Arm, Malaysia - Ini Kesannya Terhadap Ekonomi Dan Rakyat Malaysia
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY