Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp background filter

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Latar Belakang, ‘Filter’ Semasa Panggilan Video

Diterbitkan Oktober 2, 2024 · Dikemas kini Oktober 2, 2024 oleh Amalina Athman

Mula dibangunkan sejak beberapa bulan lalu, ciri filter dan background atau latar belakang kini tersedia untuk pengguna WhatsApp.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah filter atau menukar latar belakang semasa dalam panggilan video untuk menjadikan perbualan lebih menarik.

whatsapp filter and background

Terdapat 10 filter dan 10 latar belakang untuk dipilih. Pilihan filter termasuk Warm, Cool, Black & White, Light Leak, Dreamy, Prism Light, Fisheye, Vintage TV, Frosted Glass dan Duo Tone.

Sementara pilihan latar belakang termasuk Blur, Living Room, Office, Cafe, Pebbles, Foodie, Smoosh, Beach, Sunset, Celebration dan Forest.

Selain itu, WhatsApp turut menambah pilihan “Touch up” dan “Low Light” yang boleh membantu pengguna memperkemas penampilan rupa dan kecerahan persekitaran.

Untuk mengakses pilihan ini semasa panggilan video, pilih ikon “effect” pada bahagian atas sebelah kanan skrin.

filter background whatsapp

Seperti biasa, ciri baharu WhatsApp dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tetapkan 'Username' Dengan Sokongan PIN
  • WhatsApp Android Kelak Ada Ciri "Mark All As Read"
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Blog WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY