Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Android

Mulai 1 Januari 2025, WhatsApp Tidak Lagi Disokong Android Berusia Lebih 10 Tahun

Diterbitkan Disember 26, 2024 · Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai 1 Januari 2025, aplikasi WhatsApp tidak lagi dapat diakses di telefon Android lama yang berusia lebih 10 tahun, umum WhatsApp.

Android KitKat_wiser

Ini bermakna jika telefon tersebut menjalankan Android Kitkat (Android 4.4) dan sebelumnya, maka tuannya haruslah bertukar telefon jika mahu terus menggunakan WhatsApp.

Untuk makluman, Android KitKat iaitu Android versi 4.4 dilancarkan pada 2013.

WhatsApp new look_1

Jelas WhatsApp, tindakan ini diambil atas faktor keserasian teknologi antara peranti dengan aplikasi dan juga untuk memastikan keterjaminan keselamatan dan kepenggunaan (functionality) yang optimum.

Antara peranti yang tidak dapat mengakses WhatsApp mulai 1 Januari 2025:

  • Samsung: Galaxy S3, Galaxy Note 2, Galaxy Ace 3, Galaxy S4 Mini
  • Motorola: Moto G (1st Gen), Razr HD, Moto E 2014
  • HTC: One X, One X+, Desire 500, Desire 601
  • LG: Optimus G, Nexus 4, G2 Mini, L90
  • Sony: Xperia Z, Xperia SP, Xperia T, Xperia V

Jika telefon anda tidak tersenarai tetapi menggunakan Android KitKat (Android 4.4), maka ia akan menerima nasib yang sama.

WhatsApp new look_2

Apa perlu saya buat?

Jika anda antara yang terkesan, maka buatlah sandaran (backup chat ke Google Drive) dan beralihlah kepada telefon yang menggunakan Android yang lebih terkini atau setidak-tidaknya, Android 5.0.

WhatsApp new look_3

iPhone macam mana?

Beberapa minggu lalu, kami telah melaporkan berita yang sama tetapi untuk iOS. Untuk mengetahui berita penuh dan peranti terlibat, klik pautan INI.

Sumber: GSMArena, WhatsApp

Berkaitan

  • WhatsApp Akan Tamatkan Sokongan Versi iOS Terdahulu Bermula 5 Mei 2025
  • Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp
  • ChatGPT Kini Boleh Digunakan Melalui WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY