Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Sahkan Langganan Twitter Blue Akan Naik Harga, Bakal Perkenal Beberapa Ciri Baharu

Elon Musk Sahkan Langganan Twitter Blue Akan Naik Harga, Bakal Perkenal Beberapa Ciri Baharu

Diterbitkan November 2, 2022 oleh Amalina Athman

Elon Musk kini berkata bahawa kos langganan bulanan Twitter Blue akan dinaikkan $8 (~RM37.90), berbanding harga semasa $4.99 sebulan (~RM23.57).

Twitter’s current lords & peasants system for who has or doesn’t have a blue checkmark is bullshit.

Power to the people! Blue for $8/month.

— Elon Musk (@elonmusk) November 1, 2022

Musk turut memaklumkan penetapan harga langganan Twitter Blue akan diselaraskan mengikut kuasa beli pengguna di pasaran berkenaan. Ia mungkin memberikan bayangan pelancaran global Twitter Blue, yang ketika ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand.

Berkaitan

  • Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk - CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan
  • Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status 'Verified'
  • Elon Musk Dikatakan Mahu Hidupkan Semula Vine

Sebagai tambahan, Musk berkata beberapa ciri baharu akan diperkenalkan dengan pelan langganan tersebut. Antaranya termasuk keutamaan dalam balasan, mention dan carian, pengurangan iklan serta keupayaan untuk memuat naik ciapan dengan video dan audio yang lebih panjang.

And paywall bypass for publishers willing to work with us

— Elon Musk (@elonmusk) November 1, 2022

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Twitter Blue akan menawarkan tanda yang disahkan (Verified) kepada pelanggan untuk tujuan pengesahan. Pada masa ini, ciri tersebut hanya terhad kepada akaun pegawai kerajaan, organisasi, wartawan, selebriti, atlet, organisasi berita dan mereka yang berisiko dengan kecurian identiti.

Sejak Musk mengambil alih Twitter, pelbagai rombakan telah dibuat. Antaranya termasuk memecat beberapa pegawai tertinggi Twitter iaitu CEO Parag Agrawal, CFO Ned Segal, CCO Sarah Personette, Vijaya Gadde, Sean Edgett.

Baru-baru ini, Musk juga dilaporkan mahu mengembalikan sebuah aplikasi yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Vine.

Gambar utama: Bitcoin News

Sumber: engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY