Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status ‘Verified’

Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status ‘Verified’

Diterbitkan Oktober 31, 2022 oleh Amalina Athman

Twitter kini dilaporkan dalam pertimbangan untuk mengenakan bayaran kepada pengguna yang ingin mengekalkan status ‘Verified’.

Berkaitan

  • Pengguna Twitter Kini Boleh Campur Pelbagai Media Dalam Satu 'Tweet'
  • Elon Musk: Saya Beli Twitter Bukan Sebab Duit Tapi Kerana Sayangkan Manusia
  • Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk - CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan

Menerusi Platformer, pengguna yang ingin mengekalkan lencana ‘Verified’ mungkin perlu melanggan Twitter Blue pada harga $4.99 sebulan (~RM23.57), atau sebaliknya akan kehilangan status berkenaan.

Some news from inside Elon’s war room: Twitter is strongly considering making verified users pay $4.99 a month to keep their badges.

Many questions remain. Subscribe to read ➡️https://t.co/vXm4wLbhBm pic.twitter.com/8LkpKTHTuv

— Casey Newton (@CaseyNewton) October 30, 2022

Bagi yang belum tahu, untuk melayakkan individu atau organisasi dengan lencana ‘Verified’, Twitter menyatakan akaun tersebut mestilah “sahih, terkenal dan aktif”. Antaranya termasuk akaun pegawai kerajaan, organisasi, wartawan, selebriti, atlet, organisasi berita dan sebagainya.

Pada masa ini, Twitter memaklumkan pihaknya tidak menjual lencana biru ‘Verified’ tersebut. Sebaliknya, setiap individu atau organisasi yang ingin mendapatkan lencana berkenaan perlu memohon terus melalui proses permohonan ‘Verified’ yang tersedia dalam aplikasi Twitter.

Bagaimanapun, jika benar Twitter akan menawarkan lencana tersebut dalam bentuk langganan Twitter Blue, tidak diketahui proses permohonan kelak akan menjadi lebih mudah atau kekal dengan syarat yang sama.

Melalui Twitter Blue, ia memberikan akses eksklusif kepada ciri premium di platform tersebut dengan langganan bulanan. Sehingga kini, ia hanya ditawarkan untuk iOS, Android dan web di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand.

Sumber: Casey Newton

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY