Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter musk

Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk – CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan

Diterbitkan Oktober 28, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Berakhirnya sebuah drama. Beberapa jam lalu, Elon Musk secara rasmi memiliki syarikat media sosial, Twitter pada nilai $44 bilion.

Sah saja mendapat kerusi tertinggi itu, beliau terus memecat beberapa pegawai tertinggi Twitter iaitu CEO Parag Agrawal, CFO Ned Segal, CCO Sarah Personette, Vijaya Gadde, Sean Edgett.

Berkaitan

  • Twitter Saman Elon Musk Tapi Dia Gembira
  • Elon Musk Peroleh Kemenangan Pertama, Mahkamah Arah Twitter Serahkan Data Padanya
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Ini 10 Istilah Unik Dipakai Pengguna Tempatan - Twitter
  • Pengguna Twitter Kini Boleh Campur Pelbagai Media Dalam Satu 'Tweet'
  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022
  • Elon Musk: Saya Beli Twitter Bukan Sebab Duit Tapi Kerana Sayangkan Manusia

Menurut Reuters, beberapa yang diiringi pegawai keselamatan keluar bangunan termasuklah Parag Agrawal, Ned Segal dan Sean Edgett.

“The bird is fred”, twit Musk di akaun beliau beberapa minit lalu.

Seperti kita tahu, ‘pergaduhan’ Elon Musk dan Twitter berlarutan panjang sehingga melibatkan mahkamah kerana Musk tiba-tiba tidak mahu meneruskan pengambilalihan syarikat itu.

Kata Elon, Twitter tidak berlaku jujur tentang bilangan akaun di sana, lantas memberi kesan pada harga yang perlu dibayar Musk.

Entering Twitter HQ โ€“ let that sink in! pic.twitter.com/D68z4K2wq7

— gorklon rust (@elonmusk) October 26, 2022

Semasa mereka bercakaran di mahkamah, Elon sekali lagi membuat kejutan dengan mengesahkan pada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS yang dia mahu meneruskan pembelian Twitter.

Dengan pemecatan berkuat kuasa serta-merta ini juga, mereka terjejas akan menerima:

  • Parag Agrawal – $38.7 juta
  • Ned Segal – $25.4 juta
  • Gadde – $12.5 juta
  • Sarah Personette – $11.2 juta

Parag menerima jumlah terbesar, antaranya kerana sahamnya yang akan dilucutkan disebabkan pengambilalihan oleh Musk ini.

Selain itu, beliau juga berkata dakwaan yang berkata beliau mahu memecat 75% kakitangan Twitter adalah tidak benar.

Sumber: Reuters, Insider, ,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY