Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Why Vine Shut Down

Elon Musk Dikatakan Mahu Hidupkan Semula Vine

Diterbitkan November 1, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Semenjak pembelian Twitter yang baharu sahaja berlaku selama beberapa hari sebelumnya, Elon Musk kelihatan tidak berhenti untuk melakukan langkahnya yang mengejutkan semua.

Elon Musk mempunyai visi di mana dia akan cuba untuk mengembalikan sebuah aplikasi yang dahulunya sangat terkenal iaitu Vine. Beberapa kumpulan jurutera sedang cuba untuk but semula aplikasi tersebut dan dijangka bakal selesai pada hujung tahun ini.

Vine merupakan sebuah aplikasi yang memaparkan video-video yang berdurasi pendek. Ianya menjadi sebuah aplikasi yang sangat terkenal di kalangan pengguna seluruh dunia. Namun, Twitter telah memutuskan untuk menutup operasi aplikasi tersebut pada 2016.

vine

Beberapa orang jurutera dari Twitter telah ditugaskan untuk memerhati semula kod asas aplikasi tersebut yang tidak pernah diubah mahupun dikemas kini sejak penutupannya 6 tahun yang lalu.

Namun, ianya agak tidak jelas sama ada aplikasi ini bakal operasi semula atau tidak. Salah seorang daripada jurutera itu juga menyatakan bahawa terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan.

Jika aplikasi ini bakal ‘dihidupkan semula’, ia perlu bersaing dengan TikTok dan Youtube Shorts. Malah, ciri untuk dua aplikasi ini lebih maju dan tarikannya lebih tinggi. Selain daripada itu, kebanyakkan pengguna Vine sudah pun berpindah kepada platform lain.

Sumber: Axios

Berkaitan

  • Apa Terjadi Pada 'Vine', Aplikasi 'OG' Sebelum TikTok
  • Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk - CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan
  • Harga Langganan Twitter Blue Dijangka Meningkat
  • Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku CEO Air Asia X
  • Instagram 'Down', Ribuan Akaun Pengguna Digantung Dan Tidak Dapat Diakses
  • Huawei Mate 50 Pro Nombor 1 Dalam Carta DXOMARK, Pintas Pixel 7 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY