Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram _down

Instagram ‘Down’, Ribuan Akaun Pengguna Digantung Dan Tidak Dapat Diakses

Diterbitkan Oktober 31, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh Amalina Athman

Instagram kini dilaporkan mengalami gangguan teknikal, yang antaranya menyebabkan ribuan akaun pengguna telah digantung tanpa sebab.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 7,000 pengguna telah melaporkan masalah tersebut melalui Downdetector. Di Twitter, Instagram telah menjadi trending dengan lebih 40,000 ciapan dimuat naik, di mana jumlah tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa.

instagram down

Akibat gangguan itu, rata-rata pengguna melaporkan bahawa akaun mereka dikunci dan/atau digantung kerana “pelanggaran” dan ada yang melaporkan penurunan mendadak dalam bilangan pengikut.

Yup my instagram also got the random suspension pic.twitter.com/P0RPgtxyn5

— Max Weinbach (@MaxWinebach) October 31, 2022

Dalam ciapan di Twitter, Instagram mengesahkan sedia maklum beberapa pengguna mempunyai isu untuk mengakses akaun Instagram dan menyatakan pihaknya dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

We're aware that some of you are having issues accessing your Instagram account. We're looking into it and apologize for the inconvenience. #instagramdown

— Instagram Comms (@InstagramComms) October 31, 2022

Gambar utama: The Economic Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY